Tuesday, May 13, 2008

Questions Time, 13 May 2008

SOALAN/QUESTION NO. 60

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Pengakutan menyatakan selepas MAS mengambil alih perkhidmatan udara di kawasan pendalaman Sabah and Sarawak, adakah AirAsia telah membayar balik subsiedi sebanyak 60 juta RInggit kepada Kerajaan dan adakah AirAisa telah membayar semua hutnagnya kepada Malaysia Airports Holdongs Bhd (MAB).

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] to ask the Minsiter of Transport to state after MAS took over the rural air services for Sabah/Sarawak, whether AirAisa paid back the subsidy of about RM60 million to the government and whether AirAisa has paid up all its debts to Malaysia Airport Holdongs Bhd.

JAWAPAN OLEH MENTERI/ANSWER BY MINISTER

Tuan Yang DiPertua,

Rasionalisasi perkhidmatan udara domestik yang telah dilaksanakan oleh Kerajaaan Mac 2006 memperlihatkan perkhidmatan Udara Luar Bandar (Rural Air Services - RAS) ini deiserahkan kepada syarikat AirAisa Berhad, yang kemudiannya melantik syarikat Fly Asian Xpress (FAX) untuk mengalikan perkhidmatan ini mulai 1 Ogos 2006.

Memandangkan perkhidmatan ini adalah merupakan laluan obligasi social (social obligation route) di kwasan Sabah dan Sarawak dan perkhidmatan yang tidak ekonomik, maka Kerajaan akan menanggung sepenuhnya operasi RAS ini melalui subsidi Kerajaan. Oleh yang demikian, mana-mana operator/pengendali operasi RAS ini akan disubsidi penuh oleh Kerajaan dan subsidi tersebut tidak perlu dibayar balik.

Berhubung hutang AirAsia kepada Malaysia Airport Holdings Berhad, adalah dimnaklimkan bahawa pihak AirAisa masih mempunyai hutang sebanyak RM5,443,746.00 dan ia adalah dalam proses pembayaran.

Note:

The above answers are most unsatisfactory because:

1. AirAisa fought very hard to get the RAS from MAS. If it is uneconomical why AirAsia fought so hard to get RAS from MAS!

2. Prior to operating the RAS under AirAisa subsidiary (FAX) the government immedately paid more than RM60 million to AirAisa.

3. After AirAsia operating the RAS under FAX, there were too many complaints from Sabah and Sarawak state government because of unsatisfactory services.

4. In October 2007 AirAisa (FAX), after 1 year and 2 months, and was unable to perform any longer and Ministry of Transport had to come in and ask (order) MAS to take back the RAS from AirAsia i.e. to rescue AirAsia.

5. Prior to taking over the RAS from AirAsia, MAS did an audit. Out of the 8 aircrafts one of them has been cannibalized and the other 7 were un-airworthy. It cost the government about RM35 million to rebuild the aircrafts in question. The BN government paid RM35 million to MAS for the rebuilding of the said aircrafts.

6. The Minister of Transport has not revealed how much were the total direct and indirect subsidies the Government has given to AirAisa.

7. I believe that the amount owed by AirAsia to Malaysia Airport Holdings Bhd (MAB) is more than RM5,443,746.00.

8. I also believe that AirAisa also owed MAS and Petronas many millions of Rinngit for fuel cost.

9. The question is why the Government did not instruct MAB, MAS and Petronas to demand for repayment of all the debts owed by AirAsia to the said government agency and GLC.

10. There is no need for the government to build another airport just for the use of low cost carriers in particular AirAsia. Even as it were there were not many flights arriving at and departing from LCCT. The government should not use taxpayers money to help out a private company.

11. Question should be asked who is the agent for Airbus company in Malaysia. Sources has it that the agency for Airbus company in Malaysia is connected to the son of an UMNO high ranking politician.

12. In United States, 2 low cost carriers (Sky West and Aloha) have collapsed. In Hong Kong, Oasis has collapsed recently. In India, several low cost carriers are in financial trouble. I hope that in the event that any airline is in trouble, the BN government must not involve in any bail out exercise.

13. During the 12th General Elections AirAsia chief executive officer, Datuk Tony Fernandes, took part in political campaign for BN's Ministers. He was seen taking part in making speeches during the general election campaigns.

Monday, May 12, 2008

Questions Time, 12 May 2008

SOALAN NO. 7

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Pengankutan menyatakan kerajaan perlu membelanjakan RM108 juta untuk membina LCCT untuk AirAsia, sebuah syarikat swasta, sedangkan KLIA masih "under utilized" sehingga kini. Kenapa tiada Tender Terbuka diadakan sebelum memberikan projek pembinaan kepada FAJARBARU BUILDER GROUP BHD. dan kenapa ada keperluan untuk membina satu lagi LCCT yang baru.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Kerajaan telah membuat keputusan untuk membina sebuah Low Cost Carrier Terminal (LCCT) pada tahun 2005 untuk menampung operasi syarikat penerbangan tambang murah (Low Cost Carrier - LCCT) termasuk AirAsia berasaskan pertimbangan-pertimbangan berikut:

a) Keperluan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah atau LCC untuk mencapai turn-around yang singkat, iaitu 20 minit yang sukar dicapai di Bangunan Terminal Utama KLIA;

b) Operasi LCC tidak memerlukan pelbagai kemudahan yang disediakan di Bangunan Terminal Utama KLIA untuk syarikat-syarikat penerbangan perkhidmatan penuh (full service carrier - FSC) seperti aerobridges, airlines lounges dan sebagainya;

c) Mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di Bangunan Terminal KLIA semasa waktu sibuk khasnya pada waktu pagi di kaunter daftar masuk, balai berlepas serta tapak memakir;

d) Peningkatan operasi penerbangan tambang murah yang tinggi sejak AirAsia mula beroperasi dan kesedaran bahawa kadar pertumbuhan kategori penerbangan ini akan terus meningkat pada tahun-tahun yang akan datang; dan

e) Pemindahan operasi penerbangan tambang murah akan dapat melegakan Bangunan Terminal Utama KLIA dan rancangan serta pembinaan Bangunan Satelit Kedua yang melibatkan kos pembinaan yang tinggi dapat ditunda selama 3-5 tahun.

Untuk maklum Yang Berhormat, LCCT di KLIA adalah untuk kegunaan semua syarikat penerbangan LCC dan bukan semata-mata untuk operasi AirAsia sahaja. Pada ketika ini, syarikat-syarikat penerbangan tambang murah lain seperti AirAsia X, AirAsia Thailand, AirAsia Indonesia, Cebu Pacific dan Tiger Airways juga menggunakan LCCT di KLIA.

Oleh sebab keperluan LCCT adalah begitu mendesak dan perlu dibina dalam masa yang singkat, Ketrajaan telah memutuskan untuk melaksanakan projek ini secara rundingan terus kepada FAJARBARU BUILDER GROUP BHD.

Mengenai soalan keperluan satu lagi LCCT Baru pula, ingin saya memaklumkan bahawa Kerajaan telah membuat keputusan untuk meningkatkan LCCT yang sedia ada untuk menampung keperluan trafik dari 10 ke 15 juta penumpang setahun. Projek ini adalah bertujuan untuk menampung kadar pertumbuhan yang tinggi bagi penerbangan LCC serta keperluan AirAsia X yang telah melancarkan penerbangan jarak jauh ke destinasi-destinasi antarabangsa menggunakan pesawat yang lebih besar iaitu A330. Adalah dijangkakan LCCT yang dipertingkatkan itu akan dapat menampung keperluan trafik sehingga tahun 2012 atau 2015, tertakluk kepada kadar pertumbuhan trafik tahunan.

Oleh sebab kawasan tanah yang terhad di LCCT yang tidak membolehkan kemudahan ini dipertingkatkan bagi menampung jumlah trafik melebihi 15 juta penumpang setahun, Kerajaan mempunyai rancangan janka masa panjang untuk membina sebuah kompleks LCCT baru di satu tapak yang berlainan di KLIA. Apabila projek ini dilaksanakan kelak, LCCT yang sedia ada akan diubahsuai dan dijadikan sebuah kompleks kargo. Untuk makluman Yang Berhormat, reka bentuk LCCT sedia ada telah mengambil kira keperluan ini dan kerja-kerja pengubahsuaian dapat dilaksanakan dengan kos yang munasabah.

Supplementary Question from Tuan Wee Choo Keong
:

Is the Minister of Transport aware of the following facts?

- that when YB said one of the considerations for building that LCCT was to cut down the turn-around time of low cost carriers, flight delays of many hours were just a norm for AirAsia;

- that Fajarbaru Builder Group Bhd has no experience at all in building of airport and its registered nature of business is "INVESTMENT HOLDING & PROVISION FOR MANAGEMENT OF SERVICE";

- that there are two companies in Malaysia that have experience in the building of airports are Global Aviation Sdn Bhd and another company owned by Tan Sri Ting Pek King;

- that Lee Peng Seng, a director of Fajarbaru Builder Group Bhd is the middle man for the ex Minister of Transport;

- that the cost of RM108 million was far too high especially when the LCCT was just iron structures

YB Minister of Transport's reply:

If there are evidences then a report should be made to the relevant authorities.

He said that flight delays concern services of AirAsia and nothing to do with turn-around time.

The direct negotiation with Fajarbaru Builder Group Bhd was due to time constraint. He accepted that Fajarbaru Builder Group Bhd had no experience in building of airports. He also said that Fajarbar Builder Sdn Bhd had experience in buiding warehouse and LCCT was just like a warehouse. That's why it was given to Fajrabaru Builder Sdn Bhd.

Note:

The above answers by the Minister of Transport were most unsatisfactory in the light of what I have asked. I shall pursue the answers to the above questions pertaining to AirAisa and LCCT and other points as and when I have the opportunity to do so.

Thursday, May 8, 2008

Royal Address speech by Wangsa Maju MP, Wee Choo Keong, 08 May 2008

TEKS UCAPAN MENJUNJUNG KASIH TITAH TUANKU AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU WEE CHOO KEONG DI SIDANG PARLIMEN

Tuan Yang Dipertua, saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul untuk mempersembahkan ucapan dalam Dewan yang mulia ini dan pertama-tamanya merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Tuanku pada pembukaan Penggal Pertama Parlimen yang ke-12 ini.

Izinkan saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Di-Pertua kerana telah dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Yang Mulia ini dan juga kedua-dua Timbalan Yang DiPertua yang juga dipilih oleh Dewan Yang mulia ini.

Tuan Yang Dipertua,

Ucapan syabas saya rakamkan kepada rakyat amnya, dan secara khususnya pengundi di negeri Wilayah Persekutuan (khasnya Wangsa Maju), Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor kerana cukup berani membuat satu penegasan dalam pendirian politik mereka dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Ucapan tahniah kepada Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP) kerana bukan sahaja dapat mengekalkan kuasa di negeri Kelantan, bahkan menambahkan pemerintahannya di lima lagi negeri. Di samping itu, tahniah juga kepada rakyat di negeri lain yang berjaya mengurangkan penguasaan majoriti Barisan Nasional yang boleh dijadikan sebagai asas mencapai kemenangan lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang.

Malahan, ianya tidak akan lengkap kalau saya tidak mengucapkan terima kasih kepada MENANTU yang bersikap seperti Perdana Menteri, yang telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai MENANTU sehingga menyebabkan kemarahan bukan sahaja kepada penyokong BN tetapi juga seluruh negara.

Isu-isu yang saya igin membangkitkan disini ialah:

1. KESELAMATAN

Soal keselamatan negara dan rakyat sentiasa menjadi tumpuan kita. Pembangunan dan kemakmuran tidak bermakna sekiranya rakyat Malaysia tidak berasa selamat untuk bergerak di dalam kawasan kejiranan mereka sendiri. Oleh itu, Kerajaan sepatutnya menumpukan seluruh tenaga dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi jenayah habis-habisan.
Anggota polis perlu dilengkapkan dengan sumber, latihan dan peralatan terbaik untuk menentang jenayah.

Kadar jenayah yang semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini menjadi petunjuk yang amat jelas bahawa Polis Diraja Malaysia telah gagal dalam menjalankan tugasnya. Tidak cukup dengan itu, pihak polis membenarkan diri mereka menjadi alat paksaan dan keganasan untuk mengekalkan kedudukan kerajaan berkuasa. Pihak polis mesti menukarkan fikiran dan sikap mereka jikalu mereka mahu dapat penhormatan rakyat jelata.

Pihak polis mesti menumpukan perhatian pada pencegahan jenayah demi untuk mengelakkan rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa jenayah. Contohnya, wanita yang tidak berdosa menjadi trauma setelah menjadi mangsa ragut. Sesetengah mangsa ini malahan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan yang teruk. Satu lagi contoh ialah adik Nurin yang berusia tiga tahun dan telah meninggal dunia turut menjadi mangsa penjenayahan.

Soal keselamatan negara dan rakyat sentiasa menjadi tumpuan kita. Pembangunan dan kemakmuran tidak bermakna sekiranya rakyat Malaysia tidak berasa selamat untuk bergerak di dalam kawasan kejiranan mereka sendiri. Oleh itu, Kerajaan sepatutnya menumpukan seluruh tenaga dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi jenayah habis-habisan. Anggota polis perlu dilengkapkan dengan sumber, latihan dan peralatan terbaik untuk menentang jenayah.

Tuan Yang Dipertua,

Bagaimanapun, kadar jenayah yang semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini menjadi petunjuk yang amat jelas bahawa Polis Diraja Malaysia telah gagal dalam menjalankan tugasnya. Tidak cukup dengan itu, pihak polis membenarkan diri mereka menjadi alat paksaan dan keganasan untuk mengekalkan kedudukan kerajaan berkuasa.

Disebabkan demikian, hak rakyat dipijak-pijak. Sebuah badan polis yang professional dan cekap memerangi jenayah, menghormati hak asasi manusia, tidak berpihak dari segi politik ketika menjalankan tugas, dan bebas daripada rasuah hanya boleh diwujudkan dengan sebuah badan pemantau yang bebas dan mempunyai kuasa secukupnya.

Tuan Yang Dipertua,

Sejumlah besar anggota polis yang ditugaskan untuk berkhidmat pada ketika ini boleh dikatakan tidak memberi tumpuan kepada perlindungan rakyat biasa dan kawasan-kawasan kejiranan. Masa, wang dan tenaga dihabiskan secara berleluasa untuk melakukan siasatan senyap, mengekang hak asasi, dan terlibat dengan korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Walaubagaimanapu, Kerajaan sepatutnya menaikkan gaji, elaun dan peruntukan perumahan pihak polis sebanyak sekurang-kurang 20 peratus bersesuaian dengan tanggungjawab mereka yang sanggup menggadai nyawa demi memastikan keselamatan rakyat terjamin. Peningkatan gaji, elaun dan peruntukan perumahan ini juga adalah penting untuk menjamin taraf kehidupan mereka lebih-lebih lagi kos hidup yang semakin hari semakin meningkat. Selain itu, menambahkan program latihan yang dilakukan pada kadar yang kerap mesti dibuat dan memastikan pasukan polis sentiasa diperkemaskan dengan teknik pencegahan jenayah terkini.

Dalam masa yang sama, pihak polis juga perlu dipertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Pelaksanaan kesemua 125 cadangan-cadangan yang dibuat Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu diimplementasikan dengan segera, sebagaimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya DiRaja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada tahun 2004 untuk menjamin pembasmian sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di kalangan polis termasuklah jenayah, rasuah dan keganasan. Melaksanakan IPCMC dengan serta merta adalah untuk memastikan taraf profesional serta menjamin integriti tertinggi dalam pasukan polis.

Saya amat hairan kenapakah Kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC), Perdana Menteri sendiri teleah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menimplementasikan cadang-cadangan tersebut dan selepas pasukan polis menetang cadangan-cadang IPCMC ini, Perdana Menteri menarik balik keputusanya untuk memimplementasikan cadangan tersebut. Ini adalah satu lagi contoh flip-flop Perdana.

Jikalau Kerajaan serius untuk mengawal jenayah supaya Negara kita mencapai kepada “zero tolerance”, Kerajan seharusnya memimplementasikan cadangan Suruhanjaya tersebut dan menubuhkan IPCMC dengan segara.

Tuan Yang Dipertua,

Demi faedah semua pihak, kerajaan juga mesti memastikan sekurang-kurangnya 60% pihak polis ditugaskan sepenuhnya dengan tanggungjawab mencegah jenayah yang mempunyai kesan langsung dan pantas ke atas keselamatan rakyat dan setiap kawasan
kejiranan. Menggandakan bilangan anggota peronda polis yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di kawasan-kawasan kediaman adalah antara rancangan yang perlu dilakukan sekarang. Pihak polis perlu dibekalkan dengan peralatan yang lebih berkesan untuk memerangi jenayah. Peruntukan mesti disediakan tanpa sebarang pengecualian ke atas peralatan dan teknologi yang mampu menjamin keselamatan rakyat di semua peringkat.

Kebimbangan rakyat mengenai keselamatan mereka begitu serius sejak kebelakangan ini. Tindakan akan menjadi lebih berkesan dengan menempatkan lebih banyak balai polis, pondok polis dan juga 'checkpoint' polis di kawasan-kawasan perumahan, membenarkan kawalan bersifat langsung dengan kehadiran polis untuk mengurangkan sebarang bentuk potensi jenayah di kawasan-kawasan tersebut.

2. PENDATANG HARAM DAN GEJALA JENAYAH

Tuan Yang Dipertua,

Kita menyambut baik semua orang asing dating ke Malaysia secara sah. Kita juga menghargai sumbangan pekerja asing dalam membantu pembangunan ekonomi negara ini, khususnya di sector hartanah dan sector lain.

Walaupun kita mengalu-alukan kedatangan mereka, kita tidak seharusnya lupa bahawa kebanjiran pendatang haram dari Indonesia, Bangladeshi, China dan Myamar membawa bersama pelbagai gejala sosial yang tidak sihat. Apa yang paling kita bimbang sekali ialah penyakit sosial seperti merebaknya pelacuran, permusuhan sesama pendatnag haram, rompakan, pecah rumah dan jenayah yang lain. Beberapa tahun lalu kegiatan pecah rumah berlaku hampir di seluruh Negara dan kebanyakannya adalah angkara pendatang asing.

3. PENDATANG ASING DI JALAN PETALING

Tuan Yang Dipertua, Jalan Petaling di Kuala Lumpur telah tekenal sebagai sebuah destinasi pelancongan di negara kita. Malangnya imej Jalan Petaling telah tercemar dengan kebanjiran pendatang tanpa izin yang telah mendominasi kawasan Jalan Petaling.
Pendatang tanpa izin adalah salah dari masalah terbesar negara Malaysia. Rakyat Malaysia telah jemu dengan pendatang tanpa izin yang menjadi ancaman sosial pada negara. Oleh itu, tindakan tegas dan terancang perlu diambil untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin ke Negara asal mereka.

Tugas membersihkan pendatang tanpa izin di Jalan Petaling adalah penting. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis dan Jabatan Imigresen harus segera mengambil tindakan bersama untuk menangkap dan menghantar pulang pendatang tanpa izin mulai di Jalan Petaling dan di seluruh negara secara amnya.

RAKYAT SINGAPURA – Pendatang Haram?

Terdapat ramai rakyat Singapura yang hidup dan bekerja di Malaysia selama bertahun-tahun lamanya – malahan ada yang lebih daripada 10 tahun. Ada rakyat Singapura menggunakan Malaysia sebagai tempat kediaman mereka. Kategori rakyat Singapura yang menetap di Malaysia ini menggunakan Pas Sosial dan mereka akan meninggalkan Malaysia pada penghujung setipa bulan ke negara jiran seperti Thailand untuk memperbaharui Pas Sosial mereka.

Perlu ambil perhatian bahawa kategori rakyat Singapura ini yang tinggal dan bekerja di Malaysia telah menyalahgunakan keprihatinan kita. Saya pasti jika cara ini digunakan di Singapura, pejabat Imigresen Singapura tiak akan ragu-ragu mengambil tindakan ke atas rakyat Malaysia.

Bagaimanakah Jabatan Imigresen membenarkan rakyat Singapura seperti ini tinggal dan kembali semula ke Malaysia setiap bulan dan aktiviti seperti ini telah berjalan tanpa dikawal. Saya percaya rakyat Singapura seperti ini juga boleh diklasifikasikan sebagai pendatang asing seperti warga pendatang asing yang lain.

Saya meminta kerajaan terutama sekali Jabatan Imigresen mengetatkan penguatkuasaan dan tidak membenarkan rakyat Singapura mengambil kesempatan ke atas undang-undang kita.

4. MENGHAPUSKAN RASUAH

Tuan Yang Dipertua,

Gejala rasuah menjadi berleluasa di dalam kerajaan dan tidak boleh dicabar di bawah perlindungan pemerintah yang berkuasa. Projek-projek mega diberikan kepada individu-individu dan syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan politik yang baik dengan mereka yang berkuasa. Ini mengakibatkan kos-kos projek melambung tinggi ke tahap yang melampau yang akan dibiayai dengan wang cukai daripada rakyat. Kos projek yang melonjak juga bermakna kos hidup yang semakin tinggi dan pembayar cukai terpaksa menanggung kedua-duanya akibat rasuah yang berleluasa.

Badan Pencegah Rasuah seharusnya menjadi sebuah badan yang bebas daripada Jabatan Perdana Menteri dan hanya melapor kepada Parlimen sahaja. Saya bersetuju dengan YB Pasirt Mas bahawa Kerajaan sepatutnya menandantangani ke atas “United Nation Convention Against Corruption” dengan izin.

Usaha kerajaan untuk membendung gejala rasuah ini nampaknya tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ini terbukti, sebanyak 18 kes rasuah yang diumumkan oleh Perdana Menteri membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri dan sampai hari ini 18 individu ini belum lagi dituduh di Mahkamah. Rakyat masih tertunggu-tunggu dari tahun 2004 sehingga hari, bilakah 18 individu yang berprofil tinggi akan dituduh mengenai dengan kes rasuah.

MEWUJUDKAN SEBUAH BADAN KEHAKIMAN YANG BEBAS

Beberapa perkembangan sejak kebelakangan ini jelas membuka ruang untuk ketelusan dan integriti Institusi Kehakiman Negara dipertikaikan.

Pendedahan lengkap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan bukti bagaimana Hakim dipengaruhi oleh pihak luar dalam membuat keputusan dalam kes melibatkan beliau. Saya bersetuju dengan HAli Yang Berhormat dari Ipoh Timor bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Yabg Berhormat Bagan dan Menteri Besar Pulau Pinang, YB Lim GuanEng dan saya adalah mangsa ketidadilan yang dikenakan kepada kami oleh hakim tertentu.

Implikasi pendedahan tersebut ialah negara berada dalam krisis. Institusi yang seharusnya menjadi pelindung keadilan dan harapan rakyat kini hancur maruah dan kehormatanya. Negara yang rakyatnya tidak menghormati sistem perundangan serta kehakiman bakal berdepan dengan masalah yang lebih hebat. Di mata dunia juga Malaysia akan dipandang lebih buruk.

Skandal pita Lingam baru-baru ini telah mengukuhkan persepsi awam bahawa badan kehakiman di negara ini adalah korup dan berpihak kepada kerajaan berkuasa, terutamanya selepas krisis kehakiman 1988 (selepas Tun Salleh di buang kerja). Ia telah gagal mempertahankan hak rakyat dan memberikan keadilan kepada mereka yang menjadi mangsa kepada golongan kaya dan berkuasa.

Dalam “hearing” Suruhanjaya Sesiatan DiRaja mengenai dengan pita Lingam, seluruh Negara telah tahu bahawa Lingam adalah amat hebat sehingga dia boleh menulis Alasan Kehakiman untuk seorang hakim. Bukan kah ini hebat?

Nama hakim Mahkamah Rayuan pun ada timbul dalam Suruhanjya Sesiatan DiRaja tetapi hakim ini masih “despense justice” di Mahkamah Rayuan. Nama beliau ialah Datuk Low Hop Bing. Saya berharap Ketua Hakim Negara mengambil tindakan dengan segera terhadap isu ini.

Kita menyambut baik titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada Persidangan Hakim-hakim Malaysia bulan lalu bahawa badan kehakiman mesti sentiasa mempertahankan fungsi dan semangat Perlembagaan Persekutuan tanpa mengorbankan doktrin pengasingan kuasa, Rukun Negara dan kebebasan badan kehakiman itu sendiri dalam menegakkan sistem keadilan.

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman juga mendapat sokongan ramai dengan pelbagai pihak meminta saranan itu segera dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan dalam sistem perundangan negara ini.

MEMANSUHKAN JAWATAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN MENTERI PARLIMEN

Tuan Yang Dipertua,

Dalam pilihanraya umum baru-baru ini, Pakatan Rakyat telah mencapai kejayaan yang cukup gemilang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Calon Pakatan Rakyat hanya kalah di satu kerusi sahaja, iaitu di Setiawangsa. Menteri Wilayah Persekutuan adalah satu-satunya calon dari Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur yang dipilih dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu. Dengan kata lain, beliau adalah ahli pembangkang dalam parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tetapi parti yang kalah dengan teruk, telah berkuasa. Ini adalah satu fakta yang tak pernah berlaku di dalam maysarakat berdemocrasi di seluruh dunia.

Lebih dari itu, Menteri Wilayah Persekutuan hanya bergantung kepada undi pos untuk meyelatkan kerusi Parlimen Setiawangsa. Oleh itu, beliau sepatutnya dilantik sebagai Menteri Undi Pos.

Di bawah Akta Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar Kuala umpur adalah satu-satunya pihak yang mempunyai kuasa ksekutif dan bukan Menteri Wilayah Persekutuan. Oleh itu, jawatan ini perlu dimansuhkan dengan segera. Padahalnya 1995 sehingga 2004 Kemkenterian Wilayah Persekutuan telah dimansuhkan dan Kuala Lumpur ditakbirkan lebih baik daripada sekarang kerana tiada Menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya main politics ariah.

Saya dengan ini mendesak Perdan Menteri supaya tidak membazirkan wang rakyat dan memansuhkan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa bagi kepentingan penduduk Kuala Lumpur dan kewujudan Kementerian ini untuk memain peranan politik BN sahaja.

Tuan Yang Dipertua,

Saya juga ingin menarik perhatian bahawa cara perlantikan Anggota Lembaga Penasihat DBKL oleh Datuk Bandar juga perlu digubal. Dan alhli-ahli Lembaga Penasihat tersebut adalah dari BN dan kuncu-kuncunya. Demi mengimbangi keadaan ini, saya menggesa semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur dilantik secara automatk sebagai Anggota Lembaga Penasihat DBKL, bagi membolehkan suara rakyat diwakili dalam pembentukan dasar serta penilaian pelaksanaan dasar DBKL.

Tuan Yang Dipertua,

Demi menyelesaikan semua masalah social di Kuala Lumpur, kita mesti menggubal Federal Capital Act supaya membolehkan jawatan Datuk Bandar dilantik oleh semua penduduk Kuala Lumpur. Inilah satu-satu caranya membolehkan Datuk Bandar dapat memenuhi kehendak Rakyat dan menjadi lebih bertanggungjawab dan telus.

5. PEMBANGUNAN DI WANGSA MAJU TIDAK TERATUR

Hari ini, kawasan Parlimen Wangsa Maju telah rancak dibangunkan dengan rumah-rumah kediaman dan komersial. Ia memang tidak dinafikan sebagai satu perkembangan yang baik. Bagaimanapun, terlalu banyak projek perumahan dan bangunan-bangunan perdagangan secara berlebihan dan tidak terkawal juga mendatangkan kesan yang negatif terutamanya banyak projek perumahan ini hanya dilakukan oleh sebuah syarikat pemaju yang sama, iaitu Platinum Victory Sdn Bhd.

Banyak projek di bawah Platinum Victory Sdn Bhd telah diluluskan oler DBKL untuk Wangsa Maju tanpa memikirkan kemudahan-kemudahan awam di kawasan tersebut. Sudah terdapat pembangunan berlebihan di Wangsa Maju dan telah menyebabkan kesesakan lalulintas di Jalan Genting Kelang saban hari.

DBKL harus siasat sama ada projek perumahan dan bangunan dagangan di Wangsa Maju oleh Plantinium Victory Sdn Bhd ada mengikut polisi pembangunan DBKL dan peraturan-peraturan pembangunan yang sedia ada.

Sebidang tanah yang bersebelahan dengan sebuah tasik di Jalan Genting Kelang telah digunakan untuk projek perumahaan, sekali lagi ia dilaksanakan oleh Platinum Vicotry Sdn Bhd. Apakah sebab tanah ini diperuntukkan dan adakah suatu tender persendirian untuk projek ini telah dibuat? Kenapkah Platinum Victory Sdn Bhd telah diberi layanan dan keistimewaan.

6. PELANTIKAN AHLI PEMBANGKANG SEBAGAI PENGERUSI JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA( PAC)

Tuan Yang Dipertua, tujuan utama penubuhan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ialah memeriksa dan memantau urusan kewangan negara dan memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ditadbir secara baik dan sempurna.

Untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih, bebas daripada rasuah, boleh dipercayai dan memelihara kepentingan rakyat, kerajaan sepatutnya melantik ahli pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Jika Perdana Menteri seringkali menegaskan ketelusan dan sedia mendengar kebenaran suara rakyat, maka sudahlah tiba masanya untuk melantik daripada kalangan Ahli Pembangkang untuk menajdi Pengerusi PAC demi memastikan segala urusan kewangan negara tidak berlaku sebarang penyelewengan dan membazirkan wang rakyat.

7. AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT ATAU DATA PROTECTION ACT

Untuk mengwujudkan sebuah masyarakat yang bermaklumat, sebuah masyarakat yang bebas dan bertanggungjawab dan sebuah kerajaan yang baik dengan pemerintahan yang telus serta berani memikul tanggungjawab, maka kita sebenarnya memerlukan satu undang-undang yang menjamin kebebasan maklumat dan juga maklumat/data yang disimpan oleh pihak kerajaan atau syarikat swasta seperti bank-bank dan lain-lain.

Pada 24 Mei 1993 semasa saya sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang, saya telah menyeru Kerajan untuk melusluskan satu akta bernama Freedom of Information Act. Di mana akta ini boleh mengawal supaya data-data yang disimpankan oleh polis, syarikat-syarikat perbankan dan lain adalah seratus-peratus betul.

Tuan Yang Dipertua,

Kita tidak boleh menafikan bahawa data-data yang disimpan oleh insitusi yang menyiman data seperti CETOS, institusi perbankan dan lain di mana orang awam dalam rekodnya adalah seorang bankrap sedangkan orang tersebut bukanya seorang bankrap. Keadaan ini menjejaskan kepentingang orang tertentu.

Di Amerika Syarikat mereka ada Freedom of Information Act dan di UK ia ada Data Protection Act. Di UK orang awam boleh menulis surat kepada mana agensi kerajaasn, syarikat perbankan dan lain untuk mendapatkan apa-apa maklumat mengenai dengan meraka ataupun informasi mengenai mereka dan agensi kerajaan atau syarikat tersebut mesti memberuikan maklumat mengenai beliau dan beliau ada hak untuk membetulkan maklumat yang tidak betul. Negara kita sudah sampai masa untuk meluluskan satu Freedom of Information Act atau Data Protection Act.

Tuan Yang Dipertua,

Saya menyeru Kerajan supaya membentang satu ruang undang bernama Freedom of Information Act atau Data Protection Act.

Due to time constraint I was unable to speak more on the Government’s special treatments given to AirAsia.

Tuan Yang Dipertua,

AIRASIA DIBERI LAYANAN ISTIMEWA

I did object to the special treatments given to AirAsia by the government.

I also questioned the government on the issue of helping AirAsia, which is a private company.

I also questioned the government for building the LCCT for AirAsia’s use and for it to be called the home of AirAsia.

I also talked about building of LCCT. To my estimation the LCCT as it were should not cost more than RM20 million but the actual cost of LCCT was RM108 million.

I also questioned the Minister of Transport why there was no open tender for the LCCT project. I also questioned the Minister of Transport on what basis the LCCT project was given to Fajarbaru Builder Group Bhd.

LANGIT TERBUKA

Demi mengelakkan AirAsia daripada terus monopoli, saya menyarankan supaya kerajaan mengamalkan dasar langit terbuka dengan membenarkan syarikat-syarikat penerbangan yang lain seperti MAS menjalankan perkhidmatan Tambang Murah dalam negara.

Kenapakah kerajaan memberikan hak keestimewaan kepada AirAsia untuk monopolikan low cost carrier services di dalam Negara.

SISTEM SATU TAMBANG - ALL-IN-ONE FARE

Buat masa ini, iklan tambang AirAsia tidak menunjukkan harga yang sebenar. Ia mengiklankan RM9.99 tidak bermakna RM9.99 telah perlu ditambahkan dengan cukai lapangan terbang dan lain-lain-lain bayaran. Harga sebenar boleh mencecah RM150 dan bukan RM9.99 seperti yang diiklankan. Taktik perniagaan seperti ini tidak beretika dan sepatutnya diberhentikan.

Kerajaan perlu menghentikan kegiatan yang tidak sihat ini. Kerajaan perlu mengeluarkan undang-undang baru bahawa semua harga tambang yang diiklankan mestilah sama dengan harga yang perlu dibayar oleh penumpang di bawah sistem satu tambang.

SYARIKAT ASING

Polis kerajaan Malaysia untuk syarikat asing menjalankan perniagaan di Malaysia ialah sekurang-kurangnya mempunyai 30 eduiti kepada Bumiputra.

American International Assurance Co Ltd (AIA) adalah satu-satunya syarikat asing yang diberikan hak keistimewan untuk menjalankan perniagaan di Malaysia tanpa membeikan 30 equiti kepada Bumiputra.

Kerajaan sepatutnya memberitahu kepada kita kenapa AIA diberikan keistimewan dan dikecualikan daripada sebarang polisi kerajaan untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.

Sekian Terima Kasih.

Royal Address speech by MP for Wangsa Maju, Wee Choo Keong, 08 May 2008

TEKS UCAPAN MENJUNJUNG KASIH TITAH TUANKU AHLI
PARLIMEN WANGSA MAJU WEE CHOO KEONG DI SIDANG PARLIMEN

Tuan Yang Dipertua, saya berdiri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan usul untuk mempersembahkan ucapan dalam Dewan yang mulia ini dan pertama-tamanya merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Tuanku pada pembukaan Penggal Pertama Parlimen yang ke-12 ini.

Izinkan saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Di-Pertua kerana telah dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Yang Mulia ini dan juga kedua-dua Timbalan Yang DiPertua yang juga dipilih oleh Dewan Yang mulia ini.

Tuan Yang Dipertua,

Ucapan syabas saya rakamkan kepada rakyat amnya, dan secara khususnya pengundi di negeri Wilayah Persekutuan, Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor kerana cukup berani membuat satu penegasan dalam pendirian politik mereka dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Ucapan tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana bukan sahaja dapat mengekalkan kuasa di negeri Kelantan, bahkan menambahkan pemerintahannya di lima lagi negeri. Di samping itu, tahniah juga kepada rakyat di negeri lain yang berjaya mengurangkan penguasaan majoriti Barisan Nasional yang boleh dijadikan sebagai asas mencapai kemenangan lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang.

In fact, it would be incomplete if I do not thank the MENANTU for behaving like a Prime Minister, being arrogant and abusing his MENANTU position that have caused the wrath of not only BN supporters but also the whole country.

Isu-isu yang saya ingin membangkitkan disini ialah:

1. KESELAMATAN

Soal keselamatan negara dan rakyat sentiasa menjadi tumpuan kita. Pembangunan dan kemakmuran tidak bermakna sekiranya rakyat Malaysia tidak berasa selamat untuk bergerak di dalam kawasan kejiranan mereka sendiri. Oleh itu, Kerajaan sepatutnya menumpukan seluruh tenaga dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi jenayah habis-habisan. Anggota polis perlu dilengkapkan dengan sumber, latihan dan peralatan terbaik untuk menentang jenayah.

Kadar jenayah yang semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini menjadi petunjuk yang amat jelas bahawa Polis Diraja Malaysia telah gagal dalam menjalankan tugasnya. Tidak cukup dengan itu, pihak polis membenarkan diri mereka menjadi alat paksaan dan keganasan untuk mengekalkan kedudukan kerajaan berkuasa. Pihak polis mesti menukarkan fikiran dan sikap mereka jikalu mereka mahu dapat penhormatan rakyat jelata.

[The police must concentrate on crime prevention measures in order to avoid innocent people becoming victims of crime. For example, innocent females suffering from the trauma of being the victims of snatch thieves. Some of these victims have died as a result of the injuries sustained. Another example is a three year old girl, Sharlini, who is now dead due to crime.]

Soal keselamatan negara dan rakyat sentiasa menjadi tumpuan kita. Pembangunan dan kemakmuran tidak bermakna sekiranya rakyat Malaysia tidak berasa selamat untuk bergerak di dalam kawasan kejiranan mereka sendiri. Oleh itu, Kerajaan sepatutnya menumpukan seluruh tenaga dan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi jenayah habis-habisan. Anggota polis perlu dilengkapkan dengan sumber, latihan dan peralatan terbaik untuk menentang jenayah.

Tuan Yang Dipertua,

Bagaimanapun, kadar jenayah yang semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini menjadi petunjuk yang amat jelas bahawa Polis Diraja Malaysia telah gagal dalam menjalankan tugasnya. Tidak cukup dengan itu, pihak polis membenarkan diri mereka menjadi alat paksaan dan keganasan untuk mengekalkan kedudukan kerajaan berkuasa.

Disebabkan demikian, hak rakyat dipijak-pijak. Sebuah badan polis yang professional dan cekap memerangi jenayah, menghormati hak asasi manusia, tidak berpihak dari segi politik ketika menjalankan tugas, dan bebas daripada rasuah hanya boleh diwujudkan dengan sebuah badan pemantau yang bebas dan mempunyai kuasa secukupnya.

Tuan Yang Dipertua,

Sejumlah besar anggota polis yang ditugaskan untuk berkhidmat pada ketika ini boleh dikatakan tidak memberi tumpuan kepada perlindungan rakyat biasa dan kawasan-kawasan kejiranan. Masa, wang dan tenaga dihabiskan secara berleluasa untuk melakukan siasatan senyap, mengekang hak asasi, dan terlibat dengan korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Walaubagaimanapu, Kerajaan sepatutnya menaikkan gaji, elaun dan peruntukan perumahan pihak polis sebanyak sekurang-kurang 20 peratus bersesuaian dengan tanggungjawab mereka yang sanggup menggadai nyawa demi memastikan keselamatan rakyat terjamin. Peningkatan gaji, elaun dan peruntukan perumahan ini juga adalah penting untuk menjamin taraf kehidupan mereka lebih-lebih lagi kos hidup yang semakin hari semakin meningkat. Selain itu, menambahkan program latihan yang dilakukan pada kadar yang kerap mesti dibuat dan memastikan pasukan polis sentiasa diperkemaskan dengan teknik pencegahan jenayah terkini.

Dalam masa yang sama, pihak polis juga perlu dipertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Pelaksanaan kesemua 125 cadangan-cadangan yang dibuat Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu diimplementasikan dengan segera, sebagaimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya DiRaja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada tahun 2004 untuk menjamin pembasmian sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di kalangan polis termasuklah jenayah, rasuah dan keganasan. Melaksanakan IPCMC dengan serta merta adalah untuk memastikan taraf profesional serta menjamin integriti tertinggi dalam pasukan polis.

Saya amat hairan kenapakah Kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC), Perdana Menteri sendiri teleah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menimplementasikan cadang-cadangan tersebut dan selepas pasukan polis menetang cadangan-cadang IPCMC ini, Perdana Menteri menarik balik keputusanya untuk memimplementasikan cadangan tersebut. Ini adalah satu lagi contoh flip-flop Perdana. Jikalau Kerajaan serius untuk mengawal jenayah supaya Negara kita mencapai kepada “zero tolerance”, Kerajan seharusnya memimplementasikan cadangan Suruhanjaya tersebut dan menubuhkan IPCMC dengan segara.

Tuan Yang Dipertua,

Demi faedah semua pihak, kerajaan juga mesti memastikan sekurang-kurangnya 80% pihak polis ditugaskan sepenuhnya dengan tanggungjawab mencegah jenayah yang mempunyai kesan langsung dan pantas ke atas keselamatan rakyat dan setiap kawasan kejiranan. Menggandakan bilangan anggota peronda polis yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di kawasan-kawasan kediaman adalah antara rancangan yang perlu dilakukan sekarang. Pihak polis perlu dibekalkan dengan peralatan yang lebih berkesan untuk memerangi jenayah. Peruntukan mesti disediakan tanpa sebarang pengecualian ke atas peralatan dan teknologi yang mampu menjamin keselamatan rakyat di semua peringkat.

Kebimbangan rakyat mengenai keselamatan mereka begitu serius sejak kebelakangan ini. Tindakan akan menjadi lebih berkesan dengan menempatkan lebih banyak balai polis, pondok polis dan juga 'checkpoint' polis di kawasan-kawasan perumahan, membenarkan kawalan bersifat langsung dengan kehadiran polis untuk mengurangkan sebarang bentuk potensi jenayah di kawasan-kawasan tersebut.

2. PENDATANG HARAM DAN GEJALA JENAYAH

Tuan Yang Dipertua,

Kita menyambut baik semua orang asing dating ke Malaysia secara sah. Kita juga menghargai sumbangan pekerja asing dalam membantu pembangunan ekonomi negara ini, khususnya di sector hartanah dan sector lain.

Walaupun kita mengalu-alukan kedatangan mereka, kita tidak seharusnya lupa bahawa kebanjiran pendatang haram dari Indonesia, Bangladeshi, China dan Myamar membawa bersama pelbagai gejala sosial yang tidak sihat. Apa yang paling kita bimbang sekali ialah penyakit sosial seperti merebaknya pelacuran, permusuhan sesama pendatnag haram, rompakan, pecah rumah dan jenayah yang lain. Beberapa tahun lalu kegiatan pecah rumah berlaku hampir di seluruh Negara dan kebanyakannya adalah angkara pendatang asing.

3. PENDATANG ASING DI JALAN PETALING

Tuan Yang Dipertua, Jalan Petaling di Kuala Lumpur telah tekenal sebagai sebuah destinasi pelancongan di negara kita. Malangnya imej Jalan Petaling telah tercemar dengan kebanjiran pendatang tanpa izin yang telah mendominasi kawasan Jalan Petaling. Pendatang tanpa izin adalah salah dari masalah terbesar negara Malaysia. Rakyat Malaysia telah jemu dengan pendatang tanpa izin yang menjadi ancaman sosial pada negara. Oleh itu, tindakan tegas dan terancang perlu diambil untuk menghantar pulang pendatang tanpa izin ke Negara asal mereka.

Tugas membersihkan pendatang tanpa izin di Jalan Petaling adalah penting. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis dan Jabatan Imigresen harus segera mengambil tindakan bersama untuk menangkap dan menghantar pulang pendatang tanpa izin mulai di Jalan Petaling dan di seluruh negara secara amnya.

SINGAPOREANS

There are many Singaporeans, who are living and working in Malaysia for many years – some even for more than 10 years. There are many Singaporeans, who have used Malaysia as their place of residence. This category of Singaporeans has stayed in Malaysia under Social Pass and they will leave Malaysia at the end of every month to a neighbouring country like Thailand to renew their Social Pass.

Please take note that this category of Singaporeans, who are living and working in Malaysia, are abusing our kindness. I am sure that if such a matter happened in Singapore, the Singapore Immigration Department will not hesitate to take actions against Malaysians.

How could the Immigration Department allow Singaporeans of this category to leave and return to Malaysia every month and such activities have been going on for years without control. I consider that this type of Singaporeans can also be classified as illegal immigrants like others.

I call upon the government and in particular Immigration Department to tighten up our immigration control and not allow the Singaporeans to mess around with our laws.

4. MENGHAPUSKAN RASUAH

Tuan Yang Dipertua,

Gejala rasuah menjadi berleluasa di dalam kerajaan dan tidak boleh dicabar di bawah
perlindungan pemerintah yang berkuasa. Projek-projek mega diberikan kepada individu-individu dan syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan politik yang baik dengan mereka yang berkuasa. Ini mengakibatkan kos-kos projek melambung tinggi ke tahap yang melampau yang akan dibiayai dengan wang cukai daripada rakyat. Kos projek yang melonjak juga bermakna kos hidup yang semakin tinggi dan pembayar cukai terpaksa menanggung kedua-duanya akibat rasuah yang berleluasa.

Badan Pencegah Rasuah seharusnya menjadi sebuah badan yang bebas daripada Jabatan Perdana Menteri dan hanya melapor kepada Parlimen sahaja.

Usaha kerajaan untuk membendung gejala rasuah ini nampaknya tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ini terbukti, sebanyak 18 kes rasuah yang diumumkan oleh Perdana Menteri membabitkan individu berprofil tinggi termasuk menteri dan smapai hari ini 18 individu ini belum lagi dituduh di Mahkamah. Rakyat masih tertunggu-tunggu dari tahun 2004 sehingga hari, bilakah 18 individu yang berprofil tinggi akan dituduh mengenai dengan kes rasuah.

MEWUJUDKAN SEBUAH BADAN KEHAKIMAN YANG BEBAS

Beberapa perkembangan sejak kebelakangan ini jelas membuka ruang untuk ketelusan dan integriti Institusi Kehakiman Negara dipertikaikan.

Pendedahan lengkap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan bukti bagaimana Hakim dipengaruhi oleh pihak luar dalam membuat keputusan dalam kes melibatkan beliau. Ini mengukuhkan lagi keyakinan bahawa apa yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar merupakan satu konspirasi politik jahat menjatuh beliau.

Implikasi pendedahan tersebut ialah negara berada dalam krisis. Institusi yang seharusnya menjadi pelindung keadilan dan harapan rakyat kini hancur maruah dan kehormatanya. Negara yang rakyatnya tidak menghormati sistem perundangan serta kehakiman bakal berdepan dengan masalah yang lebih hebat. Di mata dunia juga Malaysia akan dipandang lebih buruk.

Skandal pita Lingam baru-baru ini telah mengukuhkan persepsi awam bahawa badan kehakiman di negara ini adalah korup dan berpihak kepada kerajaan berkuasa, terutamanya selepas krisis kehakiman 1988. Ia telah gagal mempertahankan hak rakyat dan memberikan keadilan kepada mereka yang menjadi mangsa kepada golongan kaya dan berkuasa.

Kita menyambut baik titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah pada Persidangan Hakim-hakim Malaysia bulan lalu bahawa badan kehakiman mesti sentiasa mempertahankan fungsi dan semangat Perlembagaan Persekutuan tanpa mengorbankan doktrin pengasingan kuasa, Rukun Negara dan kebebasan badan kehakiman itu sendiri dalam menegakkan sistem keadilan.

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman juga mendapat sokongan ramai dengan pelbagai pihak meminta saranan itu segera dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan dalam sistem perundangan negara ini.

MEMANSUHKAN JAWATAN MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Tuan Yang Dipertua,

Dalam pilihanraya umum baru-baru ini, Pakatan Rakyat telah mencapai kejayaan yang cukup gemilang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Calon Pakatan Rakyat hanya kalah di satu kerusi sahaja, iaitu di Setiawangsa. Menteri Wilayah Persekutuan adalah satu-satunya calon dari Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur yang dipilih dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu. Dengan kata lain, beliau adalah ahli pembangkang dalam parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tetapi parti yang kalah dengan teruk, telah berkuasa. Ini adalah satu fakta yang tak pernah berlaku di dalam maysarakat berdemocrasi di seluruh dunia.

Lebih dari itu, Menteri Wilayah Persekutuan hanya bergantung kepada undi pos untuk meyelatkan kerusi Parlimen Setiawangsa. Oleh itu, beliau sepatutnya dilantik sebagai Menteri Undi Pos.

Di bawah Akta Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar Kuala umpur adalah satu-satunya pihak yang mempunyai kuasa ksekutif dan bukan Menteri Wilayah Persekutuan. Oleh itu, jawatan ini perlu dimansuhkan dengan segera. Padahalnya 1995 sehingga 2004 Kemkenterian Wilayah Persekutuan telah dimansuihkan dan Kuala Lumpur itadbirkan lebih baik daripada sekarang kerana tiada Menteri Wilayah Persekutuan dan imbalannya emmain politics ariah.

Saya dengan ini mendesak Perdan Menteri supaya tidak membazirkan wang rakyat dan memansuhkan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan yang tidak mempunyai kuasa untuk melakukan apa-apa bagi kepentingan penduduk Kuala Lumpur dan kewujudan Kementerian ini untuk memain peranan politik BN sahaja.

Tuan Yang Dipertua,

Saya juga ingin menarik perhatian bahawa cara perlantikan Anggota Lembaga Penasihat DBKL oleh Datuk Bandar juga perlu digubal. Dan alhli-ahli Lembaga Penasihat tersebut adalah dari BN dan kuncu-kuncunya. Demi mengimbangi keadaan ini, saya menggesa semua Ahli Parlimen Kuala Lumpur dilantik secara automatk sebagai Anggota Lembaga Penasihat DBKL, bagi membolehkan suara rakyat diwakili dalam pembentukan dasar serta penilaian pelaksanaan dasar DBKL.

Tuan Yang Dipertua,

In order to resolve all the social problems in Kuala Lumpur, we must amend the Federal Capital Act so that the post of Datuk Bandar KL to be elected by all the residents of Kuala Lumpur. This is the only way to make Datuk Bandar to be responsive to the need of the people and become more accountable and transparent.

5. PEMBANGUNAN DI WANGSA MAJU TIDAK TERATUR

Hari ini, kawasan Parlimen Wangsa Maju telah rancak dibangunkan dengan rumah-rumah kediaman dan komersial. Ia memang tidak dinafikan sebagai satu perkembangan yang baik. Bagaimanapun, terlalu banyak projek perumahan dan bangunan-bangunan perdagangan secara berlebihan dan tidak terkawal juga mendatangkan kesan yang negatif terutamanya banyak projek perumahan ini hanya dilakukan oleh sebuah syarikat pemaju yang sama, iaitu Platinum Victory Sdn Bhd.

Banyak projek di bawah Platinum Victory Sdn Bhd telah diluluskan oler DBKL untuk Wangsa Maju tanpa memikirkan kemudahan-kemudahan awam di kawasan tersebut. Sudah terdapat pembangunan berlebihan di Wangsa Maju dan telah menyebabkan kesesakan lalulintas di Jalan Genting Kelang saban hari.

DBKL harus siasat sama ada projek perumahan dan bangunan dagangan di Wangsa Maju oleh Plantinium Victory Sdn Bhd ada mengikut polisi pembangunan DBKL dan peraturan-peraturan pembangunan yang sedia ada.

Sebidang tanah yang bersebelahan dengan sebuah tasik di Jalan Genting Kelang telah digunakan untuk projek perumahaan, sekali lagi ia dilaksanakan oleh Platinum Vicotry Sdn Bhd. Apakah sebab tanah ini diperuntukkan dan adakah suatu tender persendirian untuk projek ini telah dibuat? Kenapkah Platinum Victory Sdn Bhd telah diberi layan keisatimewaan.

6.
PELANTIKAN AHLI PEMBANGKANG SEBAGAI PENGERUSI JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC)

Tuan Yang Dipertua, tujuan utama penubuhan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ialah memeriksa dan memantau urusan kewangan negara dan memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ditadbir secara baik dan sempurna.

Untuk membentuk sebuah kerajaan yang bersih, bebas daripada rasuah, boleh dipercayai dan memelihara kepentingan rakyat, kerajaan sepatutnya melantik ahli pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Jika Perdana Menteri seringkali menegaskan ketelusan dan sedia mendengar kebenaran suara rakyat, maka sudahlah tiba masanya untuk melantik daripada kalangan Ahli Pembangkang untuk menajdi Pengerusi PAC demi memastikan segala urusan kewangan negara tidak berlaku sebarang penyelewengan dan membazirkan wang rakyat.

7.
AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT ATAU DATA PROTECTION ACT

Untuk mengwujudkan sebuah masyarakat yang bermaklumat, sebuah masyarakat yang bebas dan bertanggungjawab dan sebuah kerajaan yang baik dengan pemerintahan yang telus serta berani memikul tanggungjawab, maka kita sebenarnya memerlukan satu undang-undang yang menjamin kebebasan maklumat dan juga maklumat/data yang disimpan oleh pihak kerajaan atau syarikat swasta seperti bank-bank dan lain-lain. Pada 24 Mei 1993 semasa saya sebagai Ahli Parlimen Bukit Bintang, saya telah menyeru Kerajan untuk melusluskan satu akta bernama Freedom of Information Act. Dimana akta ini boleh mengawal supaya data-data yang disimpankan oleh polis, syarikat-syarikat perbankan dan lain adalah seratus-peratus betul.

Tuan Yang Dipertua,

Kita tidak boleh menafikan bahawa data-data yang disimpan oleh insitusi yang menyiman data seperti CETOS, institusi perbankan dan lain dimana orang awam dalam rekodnya adalah seorang bankrap sedangkan orang tersebut bukanya seorang bankrap. Keadaan ini menjejaskan kepentingang ornag tertentu.

Di Amerika Syarikat mereka ada Freedom of Information Act dan di UK ia ada Data Protection Act. Di UK orang awam boleh menulis surat kepada mana agensi kerajaasn, syarikat perbankan dan lain untuk mendapatkan apa-apa maklumnat mengenai dengan meraka ataupun informasi mengenai mereka dan agensi kerajaan atau syarikat tersebut mesti memberuikan maklumat mengenai beliau dan beliau ada hak untuk membetulkan maklumat yang tidak betul. Negara kita sudah sampai dmasa untuk memluluskan satu Freedom of Information Act atau Data Protection Act.

Tuan Yang Dipertua,

Saya menyeru Kerajan supaya mebentang satu ruang undang bernama Freedom of Information Act atau Data Protection Act.

Tuan Yang Dipertua,

AIRASIA DIBERI LAYANAN ISTIMEWA
Isu ini adalah menuju kepada Menteri Pengangkutan. Padahalnya isu-siu perlu dijawab oleh Menteri Pengangkutan yang lepas.

Dalam ucapan titah tuanku, Dewan telah diberitahu bahawa berdasarkan pertambahan penumpang pengangkutan udara termasuk perkhidmatan udara tambang murah, sebuah terminal pengangkutan tambang murah baru yang tetap akan dibina di apangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

It is a well known fact that KLIA is under utilised. Yet the BN government saw it fit to build a LCCT strictly for the use of AirAsia, which Datuk Tony Fernandes had been known to have called it AirAsia’s home. It was most unprecedented that a government had gone all the way to build an airport for a private company, which the government had no interest in whatsoever.

If the BN government felt it should help AirAsia then it should have alienated the land and leased it to AirAsia. The government had no business spending the rakyat’s monies for a private company, which was and still is controlled by Datuk Tony Fernades and his gang.

It was most shocking that the BN government paid RM108 million for the LCCT, which is a simple building with mainly iron satructures. From the rough valuation that I got from a contractor, LCCT should not have cost more than RM30 million. Therefore, about RM80 million had gone some where else. The LCCT prtoject was awarded to FAJARBARU BUILDER GROUP BHD without OPEN TENDER. This company had no previous experience of building half an inch of airport let alone a whole airport. This company provides “INVESTMENT HOLDING AND PROVISION OF MANAGEMENT SERVICES.” This company was just a front for someone in the BN government to make our hard earned monies.

The directors of Fajarbaru Builder Group Bhd are:

1. Lee Peng Seng, 2 Jalan 10/14, Section 10, 4600 Petaling Jaya

2. Dato’ Kuan Peng Ching @ Kuan Peng Soon, 8 Lorong Cenderai, Off Jalan Bukit Pantai, Bangsar

3. Ooi Leng Chooi from Seremban

4. Dato’ Ismail bin Hj Omar, 3 Jalan 8, Kemansah Height, Selangor

5. Lee Gee Huy @ Lee Kong Fee, 361 Taman Seremban, Jalan Tampin, 70450 Seremban

6. Dato’ Loo Keng Kok , 39 Lakeview Saujana Resort, Seksyen U2, Shah Alam

7. Fong Kuan Muing, 301, Off Jalan Tan Sri Manikavasagam, Seremban

8. Wong Chee Heng, 12 Jalan USJ 1 8/2C, UEP Subang Jaya, 47630 Petaling Jaya

I call upon the Government to state why there was no Open Tender for the award of this LCCT project to Fajarbaru Builder Group Bhd.

FAKS

In 2006 FAKS, a subsidiary of AirAsia, was fighting extremely hard for the Rural Air Services for Sabah and Sarawak, which was then serviced by MAS. Menteri Pengakutan memberikan Rural Air Services ini kepada FAK dimana pegawainya bersama dengan AirAsia. So MAS handover 9 aircrafts in good condition to FAKS. Upon granting the RAS to FAKS, the government immediately paid RM60 million as subsidy to FAKS. This was most unusual. Normally, subsidy is only paid after the FAKS have performed the RAS.

FAKS performance was so bad that the Sabahan and Sarawakian were very fed up and angry with FAKS. Both Sabah and Sarawak state governments complained to the Menteri Pengangkutan.

In October 2007, MAS was called in by the Minister of Transport to take over the RAS again. Prior to MAS taking over, MAS discovered that out of the 9 aircrafts 7 were not air-worthy and one of the nine was “canabalised.”

It cost RM35 million to repair and to make the 7 aircraft air-worthy. The government had to pay RM35 million to MAS. Why the government had to pay the RM35 million to MAS for all the misdeeds of FAKS, a subsidiary of AirAsia and a private company?

Now FAKS/AIRASIA is claiming for another RM260 million for the so-called loses that it claimed to have sustained. This figure of RM260 million is just a figure that they plucked from the air. There is no audited account to substantiate such losses. In any event, the government should not be responsible for whatever losses that FAKs/AirAsia has sustained. They asked for it.

Bukankah ini membazirkan wang rakyat? Bukankah ini adalah satu ceri rasuah untuk menjaga kepentingan FAKS/AIRASIA.

Kita mengalu-alukan projek pembinaan terminal pengangkutan tambang murah yang tetap ini. Bagaimanapun, kerajaan mestilah telus dan tidak hanya memberikan layanan istimewa kepada sebuah syarikat penerbangan swasta sahaja.

AirAsia, misalnya telah diberikan hak dan keistimewaan yang telah membolehkan ia menjadi sebuah syarikat penerbangan yang mampu memperolehi keuntungan RM100 juta dalam masa yang singkat. Kerajaan telah memberikan banyak subsidi kepada AirAsia. Sehingga hari ini AirAsia telah mempunyai hutang yang banyak kepada Malaysia Airport Berhad (MAB) RM90 juta dan Malaysia Airline System (MAS) RM85 juta. Ia juga hutang kepada Petronas lebih kurang RM20 juta.

Tuan Yang Dipertua,

Kenapakah AirAsia ini kebal dari apa-apa tindakan dari MAB, Petronas dan MAS, syarikat-syarikat yang dikawal oleh kerajaan?

Bilakah kerajaan akan mengarahkan MAB, Petrtonas dan MAS mengambil tindakan untuk mengambilbalik hutang-huitang tersebut daripada AirAsia.

Tuan Yang Dipertua,

Saya juga difahamkan bahawa AirAsia telah memasuki Fuel Hedging agreement dengan pihak ketiga dimana harga minyak mencapai US$90 pihak ketiga boleh “exercise option” untuk mebeli minyak dengan harga US$82. Sekarang harga minyak telah naik lebih daripada US$120 satu barel. Ini menunjukkan bahawa AirAisa akan menhadapi masallah kewangan.

If AirAsia is in financial difficulties, which it will be in view of fuel hedging contracts, is the Government going to give more subsidies to AirAsia to overcome its financial problems.

LOW COST AIRLINES HAVE COLLAPSED IN AMERICA AND HONG KONG

It is now a fact that the following low cost airlines SKYWEST and ALOHA in America and recently Oasis in Hong Kong have collapsed. In India, the low costs airlines namely Jetway, Indian Ailrine, KingFishers and Skyjet are all in deep financial trouble.

I am certain that AirAsia will not be exempted because its survival depends very much from the generous financial assistance and special concession from the BN government.

LANGIT TERBUKA

Demi mengelakkan AirAsia daripada terus monopoli, saya menyarankan supaya kerajaan mengamalkan dasar langit terbuka dengan membenarkan syarikat-syarikat penerbangan yang lain seperti MAS menjalankan perkhidmatan Tambang Murah dalam negara.

Kenapakah kerajaan memberikan hak keestimewaan kepada AirAsia untuk monopolikan low cost carrier services di dalam Negara.

ALL-IN-ONE FARE SYSTEM

At the moment, the advertised fares of AirAsia do not represent the real price. When it advertised RM9.99 it does not mean it is RM9.99 but plus other charges like fuel, airport tax and other charges. The actual may become RM150-00 and not RM9.99 as advertised. Such business tactics are unethical and should be stopped.

The government should stop such unhealthy practices. The Government should come out with new ruling that all advertised fares for all airlines must reflect the actual price paid by the passenger, i.e. the all-in-one fare system.

FOREIGN COMPANY

Malaysian government policy for foreign company to do business in Malaysia must have at least 30% Bumiputra in its equity. American International Assurance Co Ltd (AIA) is the only foreign company that was given special right to do business in Malaysia without having to localise and provide 30% of its equity for Bumiputra.

The Government should tell us why AIA has been given special right and why it is exempted from all the government policies to do business in Malaysia.

Tuesday, May 6, 2008

Questions Time, 06 May 2008

Soalan : No. 33 (PR-1211-L12136)

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah beliau berhasrat untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat kepada penemuan (findings) "Independent Inquiry Committee Into The United Nation Oil-For-Food Programme" di mana membabitkan syarikat Tradeyear Sdn Bhd dan Mastek Sdn Bhd, syarikat yang berkait rapat dengan YAB Perdana Menteri. Sekiranya tidak, sila berikan alasan.

Jawapan Kepada Soalan No. 33

Tuan Yang Dipertua,

Secara ringaksnya, “The United Nations Oil-for-Food Programme” (dengan izin) telah dimulakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1`995, yang bertujuan untuk membolehkan kerajaan Iraq menjual hasil minyaknya di pasaran antarabangsa bagi mebeli keperluan asas rkayat sepertai makanan dan perubatan. Rakyat Iraq pada masa itu berada di dalam keadaan amat tertekan disebabkan oleh sekatan ekonomi (atau “economic sanctions” dengan izin) yang bertujuan untuk melemahkan rejim ketenteraan Saddam Hussein selepas berlakunya Perang Teluk Pertama Di bawah “Oil-for-Food Programme” (dengan izin), kerajaan Iraq tidak dibenarkan membeli peralatan senjata sama sekali dari hasil penjualan minyaknya.

Namun, PBB mengakui bahawa terdapat beberapa kelemahan pada pelaksanaan “Oil-for-Food Programme” (dengan izin) ini. Justeru, pada bulan April 2004 sebuat Jawantankuasa Penyiasat Bebas, iaitu “Independent Inquiry Committee into the United Nation Oil-for-Food Programme” (dengan izin) telah ditubuhkan, yang ketuai oleh Paul Volcker, Mark Pieth dan Richard Goldstone. Pada bulan yang sama, Majlis Keselamatan PBB memutuskan agar 191 negara anggota berkerjasama dengan Jawatankuasa tersebut untuk menyiasat sebarang kelemahan atau salah laku pelaksanaan “Oil-for-Food Programme” (dengan zin) ini.

Laporan penuh “Independent Inquiry Committee into the United Nations Oil-for-Food Programme” (dengan izin) setebal 623 muka surat telah disiapkan pada 27 Oktober 2005.

Sebalik kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju, pembabitan syarikat Trtadeyear Sdn Bhd dam Mastek Sdn Bhd memang dinyatakan di dalam kandungan laporan tersebut. Namun, kenyataan bahawa syarikat-syarikat tersebut berkait rapat dengan YAB Dato’ Ser Abdullah Haji Ahmad Badawi adalah tidak tepat sama sekali.

Ini telah dijelaskan di dalam perenggan 3 muka surate 161 laporan penuh Jawatankuasa Penyiasat Bebas yang menyatakan bahawa pembabitaan Faek Ahmad Shareef, salah seorang pemilik syarikat Mastek, adalah berdasarkan persepi anggota kerajaan Iraq k eats beliau, yang dilihat sebagai individu yang mungkin boleh membantu mengatasi sekatan ekonomi dengan mengeratkan hubungan antara Negara Iraq dan Malaysia. Persepsi ini adalah disebabkan hubungan kekkeluargaan Faek Ahmad Shareef dengan YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi melalui Noor Asiah Mahmood (iaitu, adik kepada Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood), yang mana Faek Ahmad Shareef dan Noor Asiah Mahmood pernah berkahwin. Selain itu, Faek Ahmad Shareef juga dilihat oleh kerajaan Iraq sebagai berkebolehan untuk membawa lebih ramai delegasi perdagangan dari Malaysia ke Iraq.

Justeru, Nota 324 yang terkandung dalam mukasurat 161 dan 162 laporan penuh Jawatankuasa Penyiasat Bebas PBB menyatakan YAB Dasto’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menerima faedah atau ganjaran dalam apa jua bentuk dari uruniaga minyak yang di peruntukkan kepada Mastek. Nota 324 juga menjelaskan bahawa satu-satunya perhubungan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi dengan kerajaan Iraq pada ketika itu hanya merupakan surat bagi memperkenalkan delegasi perdagangan dari Malaysia kepada Taha Yassin Ramadan, Naib President Republik Iraq (pada ketika itu).

Dengan penjelasan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyiasat Bebas PBB tersebut, tiada sebab untuk Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja bagi menyiasat penemuan “Independent Inquiry Committee Into the Unted Nations Oil-for-Food Programme” (dengan izin) tersebut. Malah, pada 8 Disember 2006, Jawaqtankuasa telah memberi notis (melalui kenyataan media) bahawa ia akan menutup pejabat operasinya pada 31` Disember 2006, dan semua laporan Jawatankuasa juga menyatakan bahawa selepas 31 Disember 2006, sebarang permintaan atau pertanyaan dari mana-mana pihak berkuasa mengenai peniasatan yang telah dijalankan olehnya hendaklah dibuat melalui Ketua Setiausaha Bahagian Hal Hal-ehwal Undang-undang PBB di New York.

Monday, May 5, 2008

Questions Time, 05 May 2008

During the debate on the Royal Address

Wangsa Maju MP asked for clarification from MP for Batu Pahat: Whether he was aware that during the last General Elections 2004, where the PM won with a landslide victory, he vowed that he will adopt anti-corruption as his top agenda. He also said that an ex-Deputy Minister was charged for corruption for RM3.5 million and that there were another 18 big sharks and not ikan bilis. Wangsa Maju MP asked YB from Batu Pahat to clarify whether the 18 sharks are still swimming in this Parliament.

YB Batu Pahat agreed that the government should take action against “big sharks and not ikan bilis.”

- - - - - - o O o - - - - - -

Soalan :

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil atau yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menghalang kenaikan berterusan harga barang keperluan seperti petrol, beras, minyak masak, tepung, susu tepung dan lain-lain.

Jawapan :

Tuan Yang Dipertua,

Menangani isu kenaikan harga barang adalah merupakan agenda utama Kerajaan. Laqngkah yang rtelah diambil bagi emnangani isu ini adalah dengan melipatgandakan pemantauan dan permeriksaan secara berterusan diseluruh Negara ke atas pembekal, pengedar, pemborong serta peruncit. Dalam tempohmasa Januari 2008 hingga 20 April 2008 pulah, sejumlah 328,352 pemeriksaan telah dijalankan meliputi premis pengilang, pengimpot, pemborong, dedai runcit, pasaraya, pasasr malam, pasar awam, kedai makan, kedai pakaian, kedai perabut dan lain-lain. Hasil daripada pemeriksaan ini, sebanyak 550 telah dihasilkan di bawah pelbagai akta yang dikuatkuasakan dengan nilai rampasan kesuluruhan adalah sebanyak RM731,055.95.

Kerajaan juga terus melaksanakan kawalan harga sepanjang masa di bawah Akta Kawalan Hasrga 1946 keatas gular pasir bertapis kasar dan halus. Kawalan harga secara pentadbiran ke atas 10 jenis barang kawalan iaitu petrol, diesel, gas petroleum cecair, tepung gandum, sus pekat manis, tori (standard white loaf), ayam, minyak masak, simen dan besi keluli lembut masih berkuatkuasa danharga kawalan masih mengikut harga yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Satu Pasukan Khas Menangani Kenaiki Harga juga digerakkan bagi mencatut dapat ditangani secara menyeluruh. Pasukan Petugaqs Khas ini dianggotai oleh agensi penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kastam DiRaja, Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan lain-lain yang akan menguatkuasakan undangh-undang mereka dengan objektif untuk mengambil tindakan bersepadu bagi menangani kenaikan harga barangan di pasaran.

Tuan Yang Dipertua,

Antara langkah baru yang telah diambil oleh Kerajaan untuk membendung kenaikan harga dan inflasi ialah:

1. Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Membendung Inflasi yang dipenguruskan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Mesyurat Jawatankuasa ini diadakan pada setiap minggu bagi membincang dan mengenalpasti langkah-langkah baru untuk menangani kenaikan harga barangan. MNesyuarat pertama Jawatankuasa ini telah dibentangkan Dasar Jaminan Makanan Negara. Melalui dasar ini beberapa cadangan telah dikemukan, antaranya ialah menambah kawasan penanaman padi, pengwujudan stok penimbal dan program Buku Hijau. Sebanyak RM4 billion juga telah diperuntukkan di bawah dasar ini untuk menjamin bekalan makanan mencukupi dan pada harga yang berpatutan.

2. Program sunsidi untuk barang-barang perlu serta penstabilan harga runcit bagi barang-barang ini terus dilaksanakan dan meliputi barangan seperti beras, minyak masak, tepung, besi dan sime. Selain itu, system pengedaran barangan sedia ada akan dipertingkatr dan ditambah baik. Pada masa yang sama, Kerajaan akan mengkaji AKta Kawaln Harga 1946 dan Kawalan imput bagi beberapa barangan tertentu agar ianya tidak akan membebankan pengguna.

3. Peningkatan harga minyak mentah dunia menyebabkan Kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk subsidi ke atas diesel dan petrol. Oleh yang demikian, system pengurusan subsidi akan dipertingkatkan supaya ketirisan penyaluran diesel dan petro bersubsidi ini kepada golongan sasar dapat dibanteras.

4. Dalam menguruskan subsidi ini, tiga prinsip utama akan digunapakai iaitu:

a. Penyeraganam ke atas harga barang-barang perlu yang mendapat subsidi serta diselaras harga barangan kawalan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

b. Menentukan senarai barangan yagn perlu diberi subsidi oleh Kerajasan; dan

c. Mengenalpasti dan menetukan kumpulan sasaran yang akan menikmati subsidi daripada Kerajaan.

Wednesday, April 30, 2008

Questions Time, 30 April 2008

(NOTE: Excerpts of Question Time proceedings are listed in descending order, last question asked appears on top.)

Soalan/Question No. 29 :
Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan berapa banyak wang yang telah dibelanjakan oleh DBKL setakat ini untuk kos "piling dan foundation" bagi projek yerbengkalai Plaza Rakyat, hub pengangkutan KL dan berapa banyak lagi yang akan dibelanjakan untuk menyiapkannya dan apakah hasrat DBKL untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas KL.


Jawapan/Answer :
Untuk Maklumkan Ahli Yang Berhormat, Projek Pembangunan Plaza Rakyat merupakan projek usaha sama di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan pemaju iaitu Plaza Rakyat Sdn Bhd. (PRSB) yang ditandatangani pada 16 Disember 1992 di mana tanah merupakan milik DBKL dan PRSB menanggung segala kos pembangunan.

Di bawah projek usaha sama ini, pihak DBKL tidak mengeluarkan perbelanjaan lain selain daripada kos tanah dan kos untuk kerja-kerja pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju. Untuk makluman Yang Berhormat, kos yang telah dibelanjakan oleh pemaju bagi kerja-kerja piling dan foundation setakat ini dianggarkan sebanyak RM150 juta. Kos pembinaan keseluruhan bagi bagi menyipkan Projek Plaza Rakyat ini deianggharkan sebanyak RM1.2 billion.

TTuan Yang Dipertua,

Perkara kedua yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju ialah hasrat DBKL untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Dalam hal ini, DBKL bukan sahaja berhasrat, malah berusaha supaya masalah kesesakkan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat diuruskan dengan lebih teratur. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandarraya Kuala Lumopur bersma-sama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan pengurusan lalu lintas, sedang mengambil pendekatan secara menyeluruh khusunya penekaan kepada kategori-kategori berikut:

a. Jaringan Jalan Raya dan Pengurusan Lalu Lintas;

b. Pengangkutan Awam;

c. Kemudahan Sokongan;

d. Intelligent Transportation System; dan

e. Institusi dan Organisasi.

DBKL juga sedang mempertingkatkan kesedaran orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah terbaik yang dapat membantu masalah kesesakan laulintas di Kuala Lumpur. Sasaran DBKL adalah sekurang-kurangnya 40% pengguna, menggunakan pengangkutan awam menjelang tahun 2020.

- - - - - - o O o - - - - - -

Soalan/Question :
Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimanakah
Wang Ehsan Terengganu yang berjumlah lebih daripada RM1.2 billion telah dibelanjakan sejak penubuhannya sehingga 8 April 2008, siapa benefisiari dan juga memberikan laporan penuh mengenai hasil negara (revenues) yang diterima daripada penganjuran Monsoon Cup, Masjid Kristal dan Muzium Hadhari berbanding dengan jumlah kos keseluruhannya.

The Speaker rejected the above parliamentary question on the issue of Wang Ehsan in Trengganu.
- - - - - - o O o - - - - - -

After PM answered the first question from a BN MP from Muar, the answer seemed to make the BN government 'smell like a rose.' When the Opposition stood up to ask supplementary questions, the Speaker disallowed them (questions). The opposition MPs protested. The Speaker insisted that his decision was final. Later, the speaker did an about turn and allowed supplementary questions after PM had intervened.

This shows that the Speaker is not independent and fair. He is a 'flip flop' Speaker.