Tuesday, May 6, 2008

Questions Time, 06 May 2008

Soalan : No. 33 (PR-1211-L12136)

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah beliau berhasrat untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat kepada penemuan (findings) "Independent Inquiry Committee Into The United Nation Oil-For-Food Programme" di mana membabitkan syarikat Tradeyear Sdn Bhd dan Mastek Sdn Bhd, syarikat yang berkait rapat dengan YAB Perdana Menteri. Sekiranya tidak, sila berikan alasan.

Jawapan Kepada Soalan No. 33

Tuan Yang Dipertua,

Secara ringaksnya, “The United Nations Oil-for-Food Programme” (dengan izin) telah dimulakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1`995, yang bertujuan untuk membolehkan kerajaan Iraq menjual hasil minyaknya di pasaran antarabangsa bagi mebeli keperluan asas rkayat sepertai makanan dan perubatan. Rakyat Iraq pada masa itu berada di dalam keadaan amat tertekan disebabkan oleh sekatan ekonomi (atau “economic sanctions” dengan izin) yang bertujuan untuk melemahkan rejim ketenteraan Saddam Hussein selepas berlakunya Perang Teluk Pertama Di bawah “Oil-for-Food Programme” (dengan izin), kerajaan Iraq tidak dibenarkan membeli peralatan senjata sama sekali dari hasil penjualan minyaknya.

Namun, PBB mengakui bahawa terdapat beberapa kelemahan pada pelaksanaan “Oil-for-Food Programme” (dengan izin) ini. Justeru, pada bulan April 2004 sebuat Jawantankuasa Penyiasat Bebas, iaitu “Independent Inquiry Committee into the United Nation Oil-for-Food Programme” (dengan izin) telah ditubuhkan, yang ketuai oleh Paul Volcker, Mark Pieth dan Richard Goldstone. Pada bulan yang sama, Majlis Keselamatan PBB memutuskan agar 191 negara anggota berkerjasama dengan Jawatankuasa tersebut untuk menyiasat sebarang kelemahan atau salah laku pelaksanaan “Oil-for-Food Programme” (dengan zin) ini.

Laporan penuh “Independent Inquiry Committee into the United Nations Oil-for-Food Programme” (dengan izin) setebal 623 muka surat telah disiapkan pada 27 Oktober 2005.

Sebalik kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju, pembabitan syarikat Trtadeyear Sdn Bhd dam Mastek Sdn Bhd memang dinyatakan di dalam kandungan laporan tersebut. Namun, kenyataan bahawa syarikat-syarikat tersebut berkait rapat dengan YAB Dato’ Ser Abdullah Haji Ahmad Badawi adalah tidak tepat sama sekali.

Ini telah dijelaskan di dalam perenggan 3 muka surate 161 laporan penuh Jawatankuasa Penyiasat Bebas yang menyatakan bahawa pembabitaan Faek Ahmad Shareef, salah seorang pemilik syarikat Mastek, adalah berdasarkan persepi anggota kerajaan Iraq k eats beliau, yang dilihat sebagai individu yang mungkin boleh membantu mengatasi sekatan ekonomi dengan mengeratkan hubungan antara Negara Iraq dan Malaysia. Persepsi ini adalah disebabkan hubungan kekkeluargaan Faek Ahmad Shareef dengan YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi melalui Noor Asiah Mahmood (iaitu, adik kepada Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood), yang mana Faek Ahmad Shareef dan Noor Asiah Mahmood pernah berkahwin. Selain itu, Faek Ahmad Shareef juga dilihat oleh kerajaan Iraq sebagai berkebolehan untuk membawa lebih ramai delegasi perdagangan dari Malaysia ke Iraq.

Justeru, Nota 324 yang terkandung dalam mukasurat 161 dan 162 laporan penuh Jawatankuasa Penyiasat Bebas PBB menyatakan YAB Dasto’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menerima faedah atau ganjaran dalam apa jua bentuk dari uruniaga minyak yang di peruntukkan kepada Mastek. Nota 324 juga menjelaskan bahawa satu-satunya perhubungan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi dengan kerajaan Iraq pada ketika itu hanya merupakan surat bagi memperkenalkan delegasi perdagangan dari Malaysia kepada Taha Yassin Ramadan, Naib President Republik Iraq (pada ketika itu).

Dengan penjelasan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyiasat Bebas PBB tersebut, tiada sebab untuk Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja bagi menyiasat penemuan “Independent Inquiry Committee Into the Unted Nations Oil-for-Food Programme” (dengan izin) tersebut. Malah, pada 8 Disember 2006, Jawaqtankuasa telah memberi notis (melalui kenyataan media) bahawa ia akan menutup pejabat operasinya pada 31` Disember 2006, dan semua laporan Jawatankuasa juga menyatakan bahawa selepas 31 Disember 2006, sebarang permintaan atau pertanyaan dari mana-mana pihak berkuasa mengenai peniasatan yang telah dijalankan olehnya hendaklah dibuat melalui Ketua Setiausaha Bahagian Hal Hal-ehwal Undang-undang PBB di New York.

Monday, May 5, 2008

Questions Time, 05 May 2008

During the debate on the Royal Address

Wangsa Maju MP asked for clarification from MP for Batu Pahat: Whether he was aware that during the last General Elections 2004, where the PM won with a landslide victory, he vowed that he will adopt anti-corruption as his top agenda. He also said that an ex-Deputy Minister was charged for corruption for RM3.5 million and that there were another 18 big sharks and not ikan bilis. Wangsa Maju MP asked YB from Batu Pahat to clarify whether the 18 sharks are still swimming in this Parliament.

YB Batu Pahat agreed that the government should take action against “big sharks and not ikan bilis.”

- - - - - - o O o - - - - - -

Soalan :

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil atau yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menghalang kenaikan berterusan harga barang keperluan seperti petrol, beras, minyak masak, tepung, susu tepung dan lain-lain.

Jawapan :

Tuan Yang Dipertua,

Menangani isu kenaikan harga barang adalah merupakan agenda utama Kerajaan. Laqngkah yang rtelah diambil bagi emnangani isu ini adalah dengan melipatgandakan pemantauan dan permeriksaan secara berterusan diseluruh Negara ke atas pembekal, pengedar, pemborong serta peruncit. Dalam tempohmasa Januari 2008 hingga 20 April 2008 pulah, sejumlah 328,352 pemeriksaan telah dijalankan meliputi premis pengilang, pengimpot, pemborong, dedai runcit, pasaraya, pasasr malam, pasar awam, kedai makan, kedai pakaian, kedai perabut dan lain-lain. Hasil daripada pemeriksaan ini, sebanyak 550 telah dihasilkan di bawah pelbagai akta yang dikuatkuasakan dengan nilai rampasan kesuluruhan adalah sebanyak RM731,055.95.

Kerajaan juga terus melaksanakan kawalan harga sepanjang masa di bawah Akta Kawalan Hasrga 1946 keatas gular pasir bertapis kasar dan halus. Kawalan harga secara pentadbiran ke atas 10 jenis barang kawalan iaitu petrol, diesel, gas petroleum cecair, tepung gandum, sus pekat manis, tori (standard white loaf), ayam, minyak masak, simen dan besi keluli lembut masih berkuatkuasa danharga kawalan masih mengikut harga yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Satu Pasukan Khas Menangani Kenaiki Harga juga digerakkan bagi mencatut dapat ditangani secara menyeluruh. Pasukan Petugaqs Khas ini dianggotai oleh agensi penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kastam DiRaja, Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan lain-lain yang akan menguatkuasakan undangh-undang mereka dengan objektif untuk mengambil tindakan bersepadu bagi menangani kenaikan harga barangan di pasaran.

Tuan Yang Dipertua,

Antara langkah baru yang telah diambil oleh Kerajaan untuk membendung kenaikan harga dan inflasi ialah:

1. Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Membendung Inflasi yang dipenguruskan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Mesyurat Jawatankuasa ini diadakan pada setiap minggu bagi membincang dan mengenalpasti langkah-langkah baru untuk menangani kenaikan harga barangan. MNesyuarat pertama Jawatankuasa ini telah dibentangkan Dasar Jaminan Makanan Negara. Melalui dasar ini beberapa cadangan telah dikemukan, antaranya ialah menambah kawasan penanaman padi, pengwujudan stok penimbal dan program Buku Hijau. Sebanyak RM4 billion juga telah diperuntukkan di bawah dasar ini untuk menjamin bekalan makanan mencukupi dan pada harga yang berpatutan.

2. Program sunsidi untuk barang-barang perlu serta penstabilan harga runcit bagi barang-barang ini terus dilaksanakan dan meliputi barangan seperti beras, minyak masak, tepung, besi dan sime. Selain itu, system pengedaran barangan sedia ada akan dipertingkatr dan ditambah baik. Pada masa yang sama, Kerajaan akan mengkaji AKta Kawaln Harga 1946 dan Kawalan imput bagi beberapa barangan tertentu agar ianya tidak akan membebankan pengguna.

3. Peningkatan harga minyak mentah dunia menyebabkan Kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk subsidi ke atas diesel dan petrol. Oleh yang demikian, system pengurusan subsidi akan dipertingkatkan supaya ketirisan penyaluran diesel dan petro bersubsidi ini kepada golongan sasar dapat dibanteras.

4. Dalam menguruskan subsidi ini, tiga prinsip utama akan digunapakai iaitu:

a. Penyeraganam ke atas harga barang-barang perlu yang mendapat subsidi serta diselaras harga barangan kawalan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

b. Menentukan senarai barangan yagn perlu diberi subsidi oleh Kerajasan; dan

c. Mengenalpasti dan menetukan kumpulan sasaran yang akan menikmati subsidi daripada Kerajaan.

Wednesday, April 30, 2008

Questions Time, 30 April 2008

(NOTE: Excerpts of Question Time proceedings are listed in descending order, last question asked appears on top.)

Soalan/Question No. 29 :
Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan berapa banyak wang yang telah dibelanjakan oleh DBKL setakat ini untuk kos "piling dan foundation" bagi projek yerbengkalai Plaza Rakyat, hub pengangkutan KL dan berapa banyak lagi yang akan dibelanjakan untuk menyiapkannya dan apakah hasrat DBKL untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas KL.


Jawapan/Answer :
Untuk Maklumkan Ahli Yang Berhormat, Projek Pembangunan Plaza Rakyat merupakan projek usaha sama di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan pemaju iaitu Plaza Rakyat Sdn Bhd. (PRSB) yang ditandatangani pada 16 Disember 1992 di mana tanah merupakan milik DBKL dan PRSB menanggung segala kos pembangunan.

Di bawah projek usaha sama ini, pihak DBKL tidak mengeluarkan perbelanjaan lain selain daripada kos tanah dan kos untuk kerja-kerja pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju. Untuk makluman Yang Berhormat, kos yang telah dibelanjakan oleh pemaju bagi kerja-kerja piling dan foundation setakat ini dianggarkan sebanyak RM150 juta. Kos pembinaan keseluruhan bagi bagi menyipkan Projek Plaza Rakyat ini deianggharkan sebanyak RM1.2 billion.

TTuan Yang Dipertua,

Perkara kedua yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju ialah hasrat DBKL untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur.

Dalam hal ini, DBKL bukan sahaja berhasrat, malah berusaha supaya masalah kesesakkan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat diuruskan dengan lebih teratur. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandarraya Kuala Lumopur bersma-sama dengan agensi-agensi lain yang berkaitan dengan pengurusan lalu lintas, sedang mengambil pendekatan secara menyeluruh khusunya penekaan kepada kategori-kategori berikut:

a. Jaringan Jalan Raya dan Pengurusan Lalu Lintas;

b. Pengangkutan Awam;

c. Kemudahan Sokongan;

d. Intelligent Transportation System; dan

e. Institusi dan Organisasi.

DBKL juga sedang mempertingkatkan kesedaran orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah terbaik yang dapat membantu masalah kesesakan laulintas di Kuala Lumpur. Sasaran DBKL adalah sekurang-kurangnya 40% pengguna, menggunakan pengangkutan awam menjelang tahun 2020.

- - - - - - o O o - - - - - -

Soalan/Question :
Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimanakah
Wang Ehsan Terengganu yang berjumlah lebih daripada RM1.2 billion telah dibelanjakan sejak penubuhannya sehingga 8 April 2008, siapa benefisiari dan juga memberikan laporan penuh mengenai hasil negara (revenues) yang diterima daripada penganjuran Monsoon Cup, Masjid Kristal dan Muzium Hadhari berbanding dengan jumlah kos keseluruhannya.

The Speaker rejected the above parliamentary question on the issue of Wang Ehsan in Trengganu.
- - - - - - o O o - - - - - -

After PM answered the first question from a BN MP from Muar, the answer seemed to make the BN government 'smell like a rose.' When the Opposition stood up to ask supplementary questions, the Speaker disallowed them (questions). The opposition MPs protested. The Speaker insisted that his decision was final. Later, the speaker did an about turn and allowed supplementary questions after PM had intervened.

This shows that the Speaker is not independent and fair. He is a 'flip flop' Speaker.


Monday, March 10, 2008

Strictly parliamentary proceedings

Watch this space. It is strictly reserved for parliamentary proceedings that will relate to matters concerning Wangsa Maju and/or matters of national interest.
When Parliament session begins,
our
real work will begin!

First session of 12th Parliamentary begins on 28 April 2008.