Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan berapa banyak wang yang telah dibelanjakan oleh DBKL setakat ini untuk kos "piling dan foundation" bagi projek yerbengkalai Plaza Rakyat, hub pengangkutan KL dan berapa banyak lagi yang akan dibelanjakan untuk menyiapkannya dan apakah hasrat DBKL untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas KL.
Jawapan/Answer :
Untuk Maklumkan Ahli Yang Berhormat, Projek Pembangunan Plaza Rakyat merupakan projek usaha sama di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan pemaju iaitu Plaza Rakyat Sdn Bhd. (PRSB) yang ditandatangani pada 16 Disember 1992 di mana tanah merupakan milik DBKL dan PRSB menanggung segala kos pembangunan.
Di bawah projek usaha sama ini, pihak DBKL tidak mengeluarkan perbelanjaan lain selain daripada kos tanah dan kos untuk kerja-kerja pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak pemaju. Untuk makluman Yang Berhormat, kos yang telah dibelanjakan oleh pemaju bagi kerja-kerja piling dan foundation setakat ini dianggarkan sebanyak RM150 juta.
TTuan Yang Dipertua,
Perkara kedua yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju ialah hasrat DBKL untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di
Dalam hal ini, DBKL bukan sahaja berhasrat, malah berusaha supaya masalah kesesakkan lalu lintas di
a. Jaringan Jalan Raya dan Pengurusan Lalu Lintas;
b. Pengangkutan Awam;
c. Kemudahan Sokongan;
d. Intelligent Transportation System; dan
e. Institusi dan Organisasi.
DBKL juga sedang mempertingkatkan kesedaran orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam sebagai langkah terbaik yang dapat membantu masalah kesesakan laulintas di
Soalan/Question :
Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimanakah Wang Ehsan Terengganu yang berjumlah lebih daripada RM1.2 billion telah dibelanjakan sejak penubuhannya sehingga 8 April 2008, siapa benefisiari dan juga memberikan laporan penuh mengenai hasil negara (revenues) yang diterima daripada penganjuran Monsoon Cup, Masjid Kristal dan Muzium Hadhari berbanding dengan jumlah kos keseluruhannya.
The Speaker rejected the above parliamentary question on the issue of Wang Ehsan in Trengganu.
This shows that the Speaker is not independent and fair. He is a 'flip flop' Speaker.