Friday, May 30, 2008

Question Time, 29 May 2008

Pertanyaan Bukan Lisan

Daripada: TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU]

TUAN WEE CHOO KEONG [Wangsa MAju] meminta Menteri Sumber ALSIDAN Alam Sekitar menyatakan apa yang terjadi kepada projek untuk menghalang pengaliran berlebiohan dari Sungai Gombak yang terbengkalai, apakah alasan yang menyebabkan projek tersebut terbengkalai, jumlah keseluruhan yang telah dibayar kepada kontraktor, nama kontraktor dan bila projek tersebut akan dimulakan semula.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek untuk menghalang pengaliran berlebihan dari Sungai Gombak ialah komponen Lecongan Gombak dalam projek Membina Kolam-kolam Takugan Bajir Batu dan Jinjang.

Sebernanya projek tersebut tidak terbengkalai kerana komponen Lecongan Gombak telahpun siap dan mula beroperasi pada 1 April 2008. Oleh itu tidak timbul isu bila projek ini dimulakan semula.

Syarikat kontraktor bagi projek ini adalah Peremba Construction Sdn Bhd. Jumlah bayaran kepada kontraktor ini bagi kerja komponen Lencongan Gombak sehingga kini adalah sebanyak RM207.67 juta.

Sekian terima kasih.