Tuesday, May 6, 2008

Questions Time, 06 May 2008

Soalan : No. 33 (PR-1211-L12136)

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah beliau berhasrat untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat kepada penemuan (findings) "Independent Inquiry Committee Into The United Nation Oil-For-Food Programme" di mana membabitkan syarikat Tradeyear Sdn Bhd dan Mastek Sdn Bhd, syarikat yang berkait rapat dengan YAB Perdana Menteri. Sekiranya tidak, sila berikan alasan.

Jawapan Kepada Soalan No. 33

Tuan Yang Dipertua,

Secara ringaksnya, “The United Nations Oil-for-Food Programme” (dengan izin) telah dimulakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1`995, yang bertujuan untuk membolehkan kerajaan Iraq menjual hasil minyaknya di pasaran antarabangsa bagi mebeli keperluan asas rkayat sepertai makanan dan perubatan. Rakyat Iraq pada masa itu berada di dalam keadaan amat tertekan disebabkan oleh sekatan ekonomi (atau “economic sanctions” dengan izin) yang bertujuan untuk melemahkan rejim ketenteraan Saddam Hussein selepas berlakunya Perang Teluk Pertama Di bawah “Oil-for-Food Programme” (dengan izin), kerajaan Iraq tidak dibenarkan membeli peralatan senjata sama sekali dari hasil penjualan minyaknya.

Namun, PBB mengakui bahawa terdapat beberapa kelemahan pada pelaksanaan “Oil-for-Food Programme” (dengan izin) ini. Justeru, pada bulan April 2004 sebuat Jawantankuasa Penyiasat Bebas, iaitu “Independent Inquiry Committee into the United Nation Oil-for-Food Programme” (dengan izin) telah ditubuhkan, yang ketuai oleh Paul Volcker, Mark Pieth dan Richard Goldstone. Pada bulan yang sama, Majlis Keselamatan PBB memutuskan agar 191 negara anggota berkerjasama dengan Jawatankuasa tersebut untuk menyiasat sebarang kelemahan atau salah laku pelaksanaan “Oil-for-Food Programme” (dengan zin) ini.

Laporan penuh “Independent Inquiry Committee into the United Nations Oil-for-Food Programme” (dengan izin) setebal 623 muka surat telah disiapkan pada 27 Oktober 2005.

Sebalik kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju, pembabitan syarikat Trtadeyear Sdn Bhd dam Mastek Sdn Bhd memang dinyatakan di dalam kandungan laporan tersebut. Namun, kenyataan bahawa syarikat-syarikat tersebut berkait rapat dengan YAB Dato’ Ser Abdullah Haji Ahmad Badawi adalah tidak tepat sama sekali.

Ini telah dijelaskan di dalam perenggan 3 muka surate 161 laporan penuh Jawatankuasa Penyiasat Bebas yang menyatakan bahawa pembabitaan Faek Ahmad Shareef, salah seorang pemilik syarikat Mastek, adalah berdasarkan persepi anggota kerajaan Iraq k eats beliau, yang dilihat sebagai individu yang mungkin boleh membantu mengatasi sekatan ekonomi dengan mengeratkan hubungan antara Negara Iraq dan Malaysia. Persepsi ini adalah disebabkan hubungan kekkeluargaan Faek Ahmad Shareef dengan YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi melalui Noor Asiah Mahmood (iaitu, adik kepada Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood), yang mana Faek Ahmad Shareef dan Noor Asiah Mahmood pernah berkahwin. Selain itu, Faek Ahmad Shareef juga dilihat oleh kerajaan Iraq sebagai berkebolehan untuk membawa lebih ramai delegasi perdagangan dari Malaysia ke Iraq.

Justeru, Nota 324 yang terkandung dalam mukasurat 161 dan 162 laporan penuh Jawatankuasa Penyiasat Bebas PBB menyatakan YAB Dasto’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menerima faedah atau ganjaran dalam apa jua bentuk dari uruniaga minyak yang di peruntukkan kepada Mastek. Nota 324 juga menjelaskan bahawa satu-satunya perhubungan YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi dengan kerajaan Iraq pada ketika itu hanya merupakan surat bagi memperkenalkan delegasi perdagangan dari Malaysia kepada Taha Yassin Ramadan, Naib President Republik Iraq (pada ketika itu).

Dengan penjelasan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyiasat Bebas PBB tersebut, tiada sebab untuk Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan di-Raja bagi menyiasat penemuan “Independent Inquiry Committee Into the Unted Nations Oil-for-Food Programme” (dengan izin) tersebut. Malah, pada 8 Disember 2006, Jawaqtankuasa telah memberi notis (melalui kenyataan media) bahawa ia akan menutup pejabat operasinya pada 31` Disember 2006, dan semua laporan Jawatankuasa juga menyatakan bahawa selepas 31 Disember 2006, sebarang permintaan atau pertanyaan dari mana-mana pihak berkuasa mengenai peniasatan yang telah dijalankan olehnya hendaklah dibuat melalui Ketua Setiausaha Bahagian Hal Hal-ehwal Undang-undang PBB di New York.