Monday, May 5, 2008

Questions Time, 05 May 2008

During the debate on the Royal Address

Wangsa Maju MP asked for clarification from MP for Batu Pahat: Whether he was aware that during the last General Elections 2004, where the PM won with a landslide victory, he vowed that he will adopt anti-corruption as his top agenda. He also said that an ex-Deputy Minister was charged for corruption for RM3.5 million and that there were another 18 big sharks and not ikan bilis. Wangsa Maju MP asked YB from Batu Pahat to clarify whether the 18 sharks are still swimming in this Parliament.

YB Batu Pahat agreed that the government should take action against “big sharks and not ikan bilis.”

- - - - - - o O o - - - - - -

Soalan :

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil atau yang akan diambil oleh Kerajaan untuk menghalang kenaikan berterusan harga barang keperluan seperti petrol, beras, minyak masak, tepung, susu tepung dan lain-lain.

Jawapan :

Tuan Yang Dipertua,

Menangani isu kenaikan harga barang adalah merupakan agenda utama Kerajaan. Laqngkah yang rtelah diambil bagi emnangani isu ini adalah dengan melipatgandakan pemantauan dan permeriksaan secara berterusan diseluruh Negara ke atas pembekal, pengedar, pemborong serta peruncit. Dalam tempohmasa Januari 2008 hingga 20 April 2008 pulah, sejumlah 328,352 pemeriksaan telah dijalankan meliputi premis pengilang, pengimpot, pemborong, dedai runcit, pasaraya, pasasr malam, pasar awam, kedai makan, kedai pakaian, kedai perabut dan lain-lain. Hasil daripada pemeriksaan ini, sebanyak 550 telah dihasilkan di bawah pelbagai akta yang dikuatkuasakan dengan nilai rampasan kesuluruhan adalah sebanyak RM731,055.95.

Kerajaan juga terus melaksanakan kawalan harga sepanjang masa di bawah Akta Kawalan Hasrga 1946 keatas gular pasir bertapis kasar dan halus. Kawalan harga secara pentadbiran ke atas 10 jenis barang kawalan iaitu petrol, diesel, gas petroleum cecair, tepung gandum, sus pekat manis, tori (standard white loaf), ayam, minyak masak, simen dan besi keluli lembut masih berkuatkuasa danharga kawalan masih mengikut harga yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Satu Pasukan Khas Menangani Kenaiki Harga juga digerakkan bagi mencatut dapat ditangani secara menyeluruh. Pasukan Petugaqs Khas ini dianggotai oleh agensi penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kastam DiRaja, Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan lain-lain yang akan menguatkuasakan undangh-undang mereka dengan objektif untuk mengambil tindakan bersepadu bagi menangani kenaikan harga barangan di pasaran.

Tuan Yang Dipertua,

Antara langkah baru yang telah diambil oleh Kerajaan untuk membendung kenaikan harga dan inflasi ialah:

1. Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet Membendung Inflasi yang dipenguruskan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Mesyurat Jawatankuasa ini diadakan pada setiap minggu bagi membincang dan mengenalpasti langkah-langkah baru untuk menangani kenaikan harga barangan. MNesyuarat pertama Jawatankuasa ini telah dibentangkan Dasar Jaminan Makanan Negara. Melalui dasar ini beberapa cadangan telah dikemukan, antaranya ialah menambah kawasan penanaman padi, pengwujudan stok penimbal dan program Buku Hijau. Sebanyak RM4 billion juga telah diperuntukkan di bawah dasar ini untuk menjamin bekalan makanan mencukupi dan pada harga yang berpatutan.

2. Program sunsidi untuk barang-barang perlu serta penstabilan harga runcit bagi barang-barang ini terus dilaksanakan dan meliputi barangan seperti beras, minyak masak, tepung, besi dan sime. Selain itu, system pengedaran barangan sedia ada akan dipertingkatr dan ditambah baik. Pada masa yang sama, Kerajaan akan mengkaji AKta Kawaln Harga 1946 dan Kawalan imput bagi beberapa barangan tertentu agar ianya tidak akan membebankan pengguna.

3. Peningkatan harga minyak mentah dunia menyebabkan Kerajaan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk subsidi ke atas diesel dan petrol. Oleh yang demikian, system pengurusan subsidi akan dipertingkatkan supaya ketirisan penyaluran diesel dan petro bersubsidi ini kepada golongan sasar dapat dibanteras.

4. Dalam menguruskan subsidi ini, tiga prinsip utama akan digunapakai iaitu:

a. Penyeraganam ke atas harga barang-barang perlu yang mendapat subsidi serta diselaras harga barangan kawalan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

b. Menentukan senarai barangan yagn perlu diberi subsidi oleh Kerajasan; dan

c. Mengenalpasti dan menetukan kumpulan sasaran yang akan menikmati subsidi daripada Kerajaan.