During the Answering Session by Minister of Transport ...
Note:
1. How could MAB allow AirAsia to chalk up to RM110 million debt for MAB services from 2002 to 31 March 2008?
2. Since this is a private debt of RM110 million owed by AirAsia to MAB, why must this debt be referred to the Ministry of Finance?
Soalan No. 30: (PR-1211-L12173)
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan alasan mengapakah Bank Negara membenarkan Maybank untuk membeli "controlling stake" di Bank Internasional Indonesia pada kadar 4.6 kali daripada nilai buku (book values) daripada sebuah syarikat berkaitan dengan Temasek Holding dari Singapura dan apakah peraturanperaturan yang melindungi transaksi yang melibatkan GLC.
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] to ask the Minister of Finance to state on what basis Bank Negara allowed Maybank to buy a controlling stake in Bank Internasional Indonesia at 4.6 times of its book values from a company connected to Temasek Holding of Singapore and what are the rules covering such transaction involving GLC.
Jawapan:
Tuan Yang DiPertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia (BNM) tidak terlibat dalam proses penentuan harga pembelian ekuiti institusi-institusi keangan. BNM hanya membuat penilaian sama ada insittusi kewangan tempatan tersebut mempunyai dana modal dan kapstio bagi membuat pembelian tersebut serta impak pembelian terhadap kedudukan kewangan institusi kewangan tersebut. Secara umumnya, harga pembelian ekuiti oleh insitusi kewangan bergantung kepada beberapa factor seperti berikut:
i. nilai francais yang ditentukan oleh factor-faktor seperti pelangan, raqngkaian cawangan dan kepakaran kakitangan bank tersebut;
ii. kekuatan bank berdasarkan saiz dan keuntungan bank;
iii. jumlah ekuiti yang dibeli di mana jumlah ekuiti yang lebih besar mungkin akan memerlukan premium yang lebih tinggi, terutamanya bagi ekuiti yang memberi kawalan; dan
iv. tahap persaqingan daripada pembida yang lain.
Sehubungan dengan itu, dalam transaksi antara Maybank dan Bank Internasional Indonesia (BII), BNM tidak terlibat dalam menentukan harga pembelian ekuiti tersebut. BNM hanya menyokong rancangan pengembangkan institusi kewangan tempatan jika pembelian tersebut menghasilkan peluang baru kepada institusi terbabit dari segi aliran pendatan, pernaiagaan dan pengembangan operasi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, harga pembelian ekuiti BII ditentukan oleh Maybank berdasarkan persetujuan oleh pemengang-pemengang sahamnya yang turut mengambil kira pulangan dan risiko bagi pembelian tersebut. Sungguh pun terdapat saingan yang begitu hebat dari bank Negara-negara maju seperti Hongkong Bank, Bank of China dan South Korea Kookmin Bank, Maybank telah Berjaya membeli BII.
Maybank telah menandatangani perjanjian pada Mac 2008 untuk mengambil alih 55.7 % BII dengan kos sebanyak USD1.5 bilion (RM4.8 bilion). Maybank perlu membuat tawaran bagi baki 44.3% menjadikan keseluruhan kos pengambilalihan BII berjumlah RM8.6 bilion.
Tuan Yang DiPertua,
Walaupun hasrga pembelian ini dilihat sebagai sebuah Negara, kita harus mengalakkan Maybank mengambil satu tindakan dalam konteks jangka panjang. Pembelian ekuiti BII oleh Maybank adalah satu langkah penting ke arah menjadikan Maybank sebuah bank serantau yang terkemuka, sebuah bank yang kukuh dan berdaya saing. Selaimn memperluaskan Sidstem Perbankan Konvensional, Maybank juga berpeluang memperlukan perniagaan kewangan Islam ke Negara
Kerajaan yakin bahawa pengurusan Maybank dan juga Lembaga Pengarah Maybank melakukan pembelian ini bukan saja untuk kebaikan Maybank tetapi juga untuk kebaikan Negara. Pada masa ini trend globalisasi yang pesat adalah salah satu factor penting yang kita harus hadapi. Adalah penting dalam scenario ini untuk bank-bank di Malaysia berkembang menjadi bank serantau atau regional bank. Kita perlu memandang jauh dan menandingi Negara-negara lain yang telah membangun bank serantau masing-masing. Kita juga seharusnya mengambil langkah untuk membangun bank serantau supaya dalam jangka masa panjang kita tidak ketinggalan dan dapat mencapai matlamat menjadi hab kewangan di rantau ini dan hab kewangan perbankan Islam di dunia memandangkan kita mempunyai kelebihan dlam bidang kewangan Islam.
Kerajaan menyokong langkah yang diambil oleh institusi perbankan
Note:
Below is part of Answer in paragraph 3 above.
“Sungguh pun terdapat saingan yang begitu hebat dari bank Negara-negara maju seperti Hongkong Bank, Bank of
From my information, this was not the case. These foreign banks pulled out their bids because the price (4.6 times above book value) offered by Maybank was far too high.